- Lain-lain
PM Hungaria: Eropah akan Hilang Daya Saing Tanpa Kerjasama dengan China
Perdana Menteri Hungaria Viktor Orban berpendapat, daya saing Eropah akan hilang tanpa kerjasama dengan China.
Demikian kata beliau ketika menjawab pertanyaan wartawan Kumpulan Media China (CMG) dalam sidang akhbar tahunan pada Rabu waktu tempatan.
Viktor Orban menzahirkan harapan agar memperkasa kerjasama China-Eropah dan China-Hungaria dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
“Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China mengatasi Jerman dan Amerika Syarikat menjadi antara negara sumber pelabur terbesar bagi Hungaria secara beransur-ansur.”
“Apa yang disebut ‘mencantas hubungan’ dengan China oleh sesetengah individu dari Kesatuan Eropah merupakan satu kesalahan besar.”
“Usaha diperlukan untuk mengukuhkan hubungan erat antara China-Eropah dan China-Hungaria dalam bidang ekonomi,” katanya.
Viktor Orban juga menyifatkan China sebagai pengguna dan pencipta sains dan teknologi paling moden di dunia.
“Teknologi teras yang dicipta China lebih hebat daripada kami. Hungaria memerlukan ilmu profesional tersebut serta rantaian industri dan kemahiran yang terbentuk berasaskan ilmu tersebut.”
“Dengan ini, kerajaan Hungaria menyokong kerjasama dalam bidang ekonomi dengan negara baru membangun di Timur, selain negara-negara barat.” kata Orban.
Akhirnya, beliau juga menyatakan penghargaan terhadap peluang pekerjaan dan nilai sosial yang dicipta perusahaan China di negaranya, sambil berharap agar pelaburan negaranya terhadap China ditingkatkan.