- Lain-lain
Ekonomi China, EU Saling Melengkapi dan Saling Untung
China mementingkan hubungannya dengan Kesatuan Eropah (EU) dan komited memperkasakan kerjasama menang-menang, memelihara kelancaran dan kestabilan rantaian bekalan dan perindustrian global, selain memelihara peraturan dan order ekonomi serta perdagangan antarabangsa.
Demikian kata jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting ketika mengulas mengenai kerjasama ekonomi dan perdagangan China-EU pada Khamis.
Menurutnya, China dan EU telah menjalin hubungan simbiosis ekonomi yang erat, di bawah pimpinan pemimpin kedua-dua pihak.
“Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencatat USD 711.4 bilion pada 10 bulan pertama tahun ini dan meningkat 6.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
“China tetap menjadi rakan dagang terbesar bagi EU, sementara blok itu juga kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar bagi China,” ujar Shu.
Terdahulu pada paginya, Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel.
Dalam rundingan tersebut, Xi menyatakan China bersedia mengambil peluang rundingan pemimpin kedua-dua pihak, mempertahankan prinsip saling menghormati dan menguntungkan serta menang-menang, terus meneroka potensi perdagangan dan pelaburan kedua-dua pihak, meningkatkan taraf kerjasama agar menyuntik lebih banyak kestabilan dan tenaga positif bagi ekonomi dunia.