99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Pinda Undang-undang untuk Dorong Pempopularan Sains

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 26 Disember 2024

Seorang pelawat sedang mencuba payung terjun realiti maya (VR) di sebuah pameran aeroangkasa di Wuhan, Provinsi Hubei, tengah China pada 23 April 2024. (Xinhua/Hu Jingwen)

Seorang pelawat sedang mencuba payung terjun realiti maya (VR) di sebuah pameran aeroangkasa di Wuhan, Provinsi Hubei, tengah China pada 23 April 2024. (Xinhua/Hu Jingwen)

Tatkala bidang berteknologi tinggi di China sedang mengalami kemajuan pesat, buat pertama kalinya, Undang-undang Pempoluran Sains dan Teknologi China telah dipinda pada Rabu sejak ia mula diperkenalkan pada 22 tahun yang lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Sains dan Teknologi, Yin Hejun menyifatkan pindaan tersebut sangat penting berikutan cabaran yang dihadapinya China dalam pempopularan sains seperti pengiktirafan yang tidak mencukupi tentang kepentingannya, kekurangan inisiatif, serta keterbatasan bekalan produk dan perkhidmatan komunikasi sains.

Penggubal undang-undang kebangsaan, Zhong Zhihua berkata bahawa undang-undang tersebut akan menjadi pendorong buat inovasi dalam pempopularan sains, sekali gus membolehkan ia mempromosi kemajuan sosial seiring dengan inovasi teknologi.

Pakar turut berpendapat bahawa pemindaan itu dilaksanakan tepat masanya susulan sasaran China untuk menjadi negara pendahulu dalam sains dan teknologi menjelang 2035.

Pakar perubatan di Hospital Pulmonari Shanghai, Hu Yang menyifatkan ia sebagai berita baik, yang turut memberi penekanan terhadap kepentingan pempopularan sains.

Beliau yang telah berkongsikan mengenai ilmu sains perubatan secara dalam talian selama tujuh tahun serta menyiarkan lebih 5,000 artikel dan video itu percaya bahawa pempopularan sains perubatan akan membantu orang awam untuk memahami bidang tersebut, manakala penyelidikan perubatan pula akan menyediakan asas untuk pempopularan saintifik.

Pada 2003, Persatuan Sains dan Teknologi China telah melancarkan siri aktiviti pempopularan sains di seluruh negara dengan sebanyak 22 kempen dilaksanakan sejak tempoh itu dan lebih 200,000 aktiviti telah dilaksanakan pada bulan September lalu, iaitu bulan pempopularan sains kebangsaan tahunan.

Penyelidik di pusat perkhidmatan bakat di Kementerian Sains dan Teknologi, Peng Chunyan berpandangan bahawa seiring dengan penambahan teknologi termaju, lebih banyak perhatian juga diperlukan untuk melihat kebarangkalian impak negatifnya.

Antara penambahan baharu dalam pindaan undang-undang tersebut adalah ‘individu pempopularan sains’, yang memfokuskan kepada pemupukan ahli profesional bidang itu dengan menambah baik mekanisma taksiran dan insentif.

Untuk rekod, China kini mempunyai 2 juta pempengaruh sains dan 4.56 juta sukarelawan sains dan teknologi yang berdaftar.

Pemilik sebuah syarikat kebudayaan sains fiksyen, Ji Shaoting turut menyokong pindaan baharu tersebut dan menzahirkan harapan agar ia dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Video

Berita Berkaitan