99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Memacu Pembangunan Global Melalui Pembudayaan Sains

(CRI)Jumaat 06 Disember 2024

Persidangan Dunia mengenai Pembudayaan Sains (WCSL) 2024 yang dihoskan oleh Persatuan Saintifik dan Teknologi China membuka tirainya di Beijing pada Khamis.

WCSL edisi kali ini telah menyaksikan penglibatan lebih 400 tetamu dari 23 negara dan 10 pertubuhan antarabangsa untuk membincangkan pendekatan meningkatkan pembudayaan sains bagi memperkasakan pembangunan mampan dalam senario global.

Persidangan yang berlangsung selama 2 hari itu merangkumi pelbagai aktiviti seperti laporan ucaptama, forum topik khas dan program sembang pembudayaan sains.

Semasa persidangan itu berlangsung, para tetamu telah mengadakan perbincangan dan penyelidikan secara mendalam tentang topik hangat semasa berkaitan pembudayaan sains dalam senario global, inovasi dalam bidang sains dan teknologi, penyelarasan dan kerjasama dengan pelbagai institusi, dan mendorong pembudayaan sains melalui aplikasi teknologi baharu.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Sains dan Teknologi untuk Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ana Cristina Amoroso das Neves ketika membuat ucapan untuk merasmikan persidangan itu berkata bahawa pembudayaan sains perlu ditingkatkan untuk membantu ahli sains dan inovator generasi akan datang merangsang kreativiti.

Pengerusi Persatuan Sains dan Teknologi China, Wan Gang pula dalam ucapannya menzahirkan harapan agar pelbagai pihak yang hadir memanfaatkan platform WCSL, saling belajar dalam usaha menangani masalah yang dihadapi pembangunan global, dan memperkukuh asas pembudayaan sains dengan pelaksanaan projek pertukaran dan kerjasama yang praktikal.

“Pada masa yang sama, kita harus konsisten dalam mengambil tindakan yang tulen, mengukuhkan penyelarasan pelbagai hala, serta menghapuskan sekatan dalam bidang pengetahuan dan teknologi bagi menggalakkan pencapaian saintifik dan teknologi dapat dimanfaatkan rakyat pelbagai negara,” katanya.

Video

Berita Berkaitan