99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Malaysia Tandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Projek Mega Rel ECRL

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 Disember 2024
China, Malaysia Tandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Projek Mega Rel ECRL
Menteri Pengakutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook (tengah) dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing (dua dari kiri) hadir ke majlis pemeteraian perjanjian usaha sama antara CCCC dan MRL di Putrajaya, Malaysia pada 18 Disember 2024. (Xinhua/Chong Voon Chung)

Satu majlis pemeteraian perjanjian telah diadakan antara China Communications Construction Company (CCCC) dan Malaysia Rail Link (MRL) pada Rabu, bagi menubuhkan satu usaha sama berkait penyelenggaraan dan pengoperasian projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), lapor agensi berita Xinhua.

Majlis penandatanganan usaha sama di Putrajaya itu telah disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Loke dalam kenyataan berkata bahawa usaha sama tersebut akan menyaksikan kedua-dua pihak berkongsi kos operasi ERCL, sambil menyumbang dalam pengetahuan teknikal dan kepakaran, dengan matlamat akhir untuk berkongsi manfaat pembangunan oleh projek tersebut.

Sementara itu, Ouyang Yujing dalam ucapannya pula berkata bahawa ECRL yang telah mendapat perhatian positif dari kedua-dua negara itu akan berperanan penting dalam mempromosi pembangunan, meningkatkan peluang pekerjaan, menambah baik taraf kehidupan rakyat serta menyuntik dorongan baharu dalam pembangunan ekonomi serantau.

Beliau turut menzahirkan harapan agar kedua-dua pihak dapat bekerja keras dalam menyelenggara dan mengoperasikan rel tersebut, memperbaik manfaat sosial dan ekonomi secara berterusan, serta menjadi laluan yang membawa limpahan manfaat kepada orang awam.

Untuk rekod, projek ECRL yang akan menghubungkan hab pengangkutan terbesar Malaysia iaitu Pelabuhan Klang dan negeri pantai timur itu dijangka akan menambah baik ketersambungan, selain membawa pertumbuhan lebih seimbang Malaysia menerusi sambungan dengan kawasan kurang membangun di pantai timur dengan bandar ekonomi di bahagian pantai barat.

Seorang model bergaya bersama-sama dengan sebuah kereta api unit pelbagai elektrik (EMU) contoh semasa majlis pemeteraian perjanjian usaha sama antara CCCC dan MRL di Putrajaya, Malaysia pada 18 Disember 2024. (Xinhua/Chong Voon Chung)
Sebuah model kereta api unit pelbagai elektrik (EMU) dipamerkan semasa majlis pemeteraian perjanjian usaha sama antara CCCC dan MRL di Putrajaya, Malaysia pada 18 Disember 2024. (Xinhua/Chong Voon Chung)
Sebuah model kereta api unit pelbagai elektrik (EMU) dipamerkan semasa majlis pemeteraian perjanjian usaha sama antara CCCC dan MRL di Putrajaya, Malaysia pada 18 Disember 2024. (Xinhua/Chong Voon Chung)
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook (tengah) dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing (tiga dari kiri) hadir ke majlis pemeteraian perjanjian usaha sama antara CCCC dan MRL di Putrajaya, Malaysia pada 18 Disember 2024. (Xinhua/Chong Voon Chung)

Video

Berita Berkaitan