99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China dan Perancis Adakan Dialog Strategik di Beijing

(CRI)Ahad 15 Disember 2024

Wang Yi, Ahli Biro Politik Jawatankuasa Puast Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC dan Emmanuel Bonne, penasihat diplomatik Presiden Perancis mengadakan Dialog Strategik China-Perancis ke-26 di Beijing pada 14 Disember.

Wang Yi berkata, China bersedia berusaha dengan Perancis dengan memegang “semangat China-Perancis” yang bermandiri, saling memahami, berpandangan jauh, saling menguntungkan dan menang semua, memastikan hubungan China-Perancis sentiasa memainkan peranan sebagai peneraju dalam perkembangan hubungan China-Eropah, malah tenaga penggerak bagi keamanan dunia.

Wang mencadangkan kedua-dua pihak mewujudkan lebih banyak agenda yang proaktif yang berpandukan konsensus yang dicapai ketua negara kedua-dua pihak, bertindak pantas menggalakkan kerjasama yang lebih substantif, terus memudahkan mobiliti keanggotaan kedua-dua negara dengan memanfaatkan kesan limpahan dari Tahun Pelancongan China-Perancis, dan bersama-sama memelihara amalan multilateralisme.

Bonne pula menyatakan bahawa pihaknya konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China, mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, dan mengambil berat terhadap dialog di bawah mekanisme yang sedia ada.

Beliau menambah, Perancis menentang perlawanan antara kem yang berlainan dan tidak merubah tradisi diplomatiknya yang menekankan kemandirian dan kemerdekaan.  

Mengulas lanjut tentang isu ekonomi dan perdagangan China-Eropah, Wang Yi berkata bahawa pihak Eropah diharap mengambil sikap konstruktif mencari penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak melalui dialog yang berterusan, manakala Bonne menyatakan bahawa pihaknya tidak menyokong pelancaran perang perdagangan, sebaliknya menyokong situasi yang sama untung dan sama menang dicapai antara Eropah dan China.

Video

Berita Berkaitan