99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Alu-alukan Syarikat Perancis Terus Pelopori Pasaran Domestiknya

(CRI)Sabtu 07 Disember 2024

Naib Perdana Menteri China He Lifeng menerima kunjungan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Sanofi dari Perancis, Frederic Oudea di Beijing baru-baru ini.

He Lifeng berkata, China dan Perancis mempunyai ruang perkembangan yang luas, kepentingan bersama yang banyak dan keserasian yang tinggi yang boleh saling melengkapi dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral. Begitu juga kerjasama seumpama antara China dengan Eropah.

Tambah beliau, China konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan, di samping berusaha mencipta persekitaran perniagaan yang berlandaskan pasaran serta undang-undang dan mengikut spesifikasi yang bertaraf dunia.

Beliau mengalu-alukan lebih banyak syarikat dari Perancis serta negara Eropah yang lain terus mempelopori pasaran di China.

Oudea pula berkata, pihaknya memandang baik prospek pembangunan ekonomi China dan bersedia memperhalusi pelaksanaan rancangan perniagaan di negara itu supaya dapat menyumbang kepada kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak demi membuahkan hasil yang lebih substantif.

Video

Berita Berkaitan