99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pameran Seni dan Kaligrafi Perkukuh Ikatan Lima Dekad Hubungan Diplomatik China-Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 11 Disember 2024

Sempena memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia, satu pameran seni dan kaligrafi telah diadakan di Beijing, pada Selasa.

Duta Besar Malaysia ke China, Dato’ Norman Muhamad dalam ucapan pembukaannya pada majlis itu menyifatkan hubungan Malaysia-China sebagai pelbagai dimensi, yang terus berkembang lima dekad.

Beliau berkata, ia bukan sahaja memperkukuh hubungan perdagangan dan diplomatik, tetapi juga pertukaran antara rakyat.

“Pameran hari ini adalah cerminan kepada terdapatnya asas yang kukuh dalam hubungan antara Malaysia dan China.

“Hubungan antara Malaysia dan China bukan sahaja diukur daripada kerjasama dan pencapaian dalam perdagangan, pelaburan, pertahanan, dan pendidikan, tetapi juga dalam usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan secara bersama,” ujar Norman.

Beliau turut menambah bahawa seni yang berperanan sebagai bahasa sejagat itu akan terus memberi inspirasi, menghubungkan dan menyatukan semua pihak, yang merentasi perbezaan dari segi bahasa, sejarah, budaya dan tradisi.

Pameran yang menampilkan lebih 100 karya seni dan kaligrafi oleh artis China dan Malaysia itu dianjurkan secara bersama Kedutaan Besar Malaysia di China, Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia di China (MAYCHAM), Persatuan Pengumpul Lukisan dan Kaligrafi China serta Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia.

Dato’ Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke China menyampaikan ucapan pada pembukaan majlis. (People’s Daily Online/Yu Liang)

Dato’ Norman Muhamad menunjukkan hasil kaligrafi beliau yang memperlihatkan huruf “福” yang membawa maksud tuah atau nasib baik. (People’s Daily Online/Yu Liang)

Dato’ Norman Muhamad (kanan) bergambar dengan artis Malaysia. (People’s Daily Online/Yu Liang)

Karya artis China yang dipamerkan pada aktiviti tersebut. (People’s Daily Online/Yang Chunyan)

Karya artis Malaysia yang dipamerkan pada aktiviti tersebut. (People’s Daily Online/Yang Chunyan)

Video

Berita Berkaitan