99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pewaris Seni Mozek Filigri di Beijing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 10 Disember 2024
Pewaris Seni Mozek Filigri di Beijing
Foto Dong Ruijing menunjukkan sepasang subang Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu kota China pada 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)

Seni Mozek Filigri, kraftangan empayar tradisional sejak zaman musim luruh dan musim bunga (770 SM hingga 476 SM), telah mencapai kemuncaknya pada dinasti Ming dan Qing (1368-1911).

Pada 1958, lima kerjasama khusus dalam seni Mozek Filigri di Beijing telah bergabung menjadi satu kilang, sekali gus menghidupkan semula seni tradisional ini daripada hampir pupus. Pada 2008, seni Mozek Filigri telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan.

Untuk proses penghasilannya, difahamkan terdapat empat kraf utama yang perlu dilalui, iaitu membuat kerawang, menyisip permata, mengukir dan membuat kerangka asas, yang setiap satu produk pula perlu melalui sekitar 100 prosedur.

Pada masa kini, ilmu kemahiran seni tersebut masih diturunkan oleh seorang pakar kepada perantis dengan cara pegangan tangan secara literal, dan hanya boleh dikuasai melalui amalan lama.

Dong Ruijing, seorang anak kelahiran Beijing yang dilahirkan pada 1970, telah mempelajari seni itu sejak berumur 15 tahun. Pada 1988, dia memasuki Kilang Mozek Filigri Beijing dan menjadi perantis kepada tiga ‘Master’ iaitu Yang Rui, Wu Kenan dan Bai Jingyi. Pada 2006, dia menubuhkan syarikat sendiri untuk mengembangkan lagi seni itu.

Lebih daripada tiga dekad, Dong dan perantisnya telah mendedikasikan hidup terhadap seni itu, serta mengintegrasikan ia dengan kraf lain seperti seni enamel dan mengukir lakuer. Kesemua produknya kini dieksport ke pasaran asing seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura, dan Malaysia.

Setakat ini, Dong telah memupuk lebih daripada tukang untuk seni tersebut, selain membina sebuah pangkalan penghasilan karya seni Mozek Filigri di Zunhua di Provinsi Hebei utara China, iaitu kawasan yang dia telah melatih hampir 100 petani.

Berganding bahu dengan Yayasan Pembangunan Kebudayaan Beijing, Dong memulakan projek pada 2023 untuk memupuk bakat Mozek Filigri generasi baharu di seluruh Beijing, Tianjin dan Hebei.

"Ia sunyi dan sukar untuk meneruskan seni itu," kata Dong, "Kecintaan saya terhadapnya telah mendorong saya sepanjang perjalanan."

Dia turut berpendapat, untuk mewariskan kraf itu, artis harus menghasilkan produk yang memenuhi estetika moden dan keperluan harian rakyat.

Dong Ruijing menunjukkan hiasan dengan seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing bergambar dengan karyanya di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing mencetak reka bentuk karya seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing melakar reka bentuk karya seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing membuat karya seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing (kiri) mengarahkan perantisnya tentang seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing berehat sambil minum teh di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing memberi panduan kepada perantisnya tentang seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing bekerja di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing bergambar di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Qi Zhiyue)
Dong Ruijing menunjukkan sepasang anting-anting Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing mengajar seorang perantis tentang seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Li Xin)
Seorang perantis Dong Ruijing membuat karya seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Li Xin)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disemver 2024. (Xinhua/Li Xin)
Karya seni yang menyepadukan Mozek Filigri dan kraf ukiran lakuer dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Li Xin)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024.(Xinhua/Li Xin)
Karya seni Mozek separuh siap dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Karya seni yang menyepadukan Mozek Filigri dan kraf ukiran gading dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Qi Zhiyue)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Qi Zhiyue)
Dong Ruijing membuat karya seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Li Xin)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Qi Zhiyue)
Karya seni Mozek Filigri purba dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Karya seni yang menyepadukan Mozek Filigri dan kraf ukiran lakuer dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Dong Ruijing membuat karya seni Mozek Filigri di studionya di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Zhu Weixi)
Karya seni Mozek Filigri dipamerkan di studio Dong Ruijing di Beijing, ibu negara China, 3 Disember 2024. (Xinhua/Qi Zhiyue)

Video

Berita Berkaitan