99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

‘Atuk Dougong’ Gunakan Platform Video Pendek Popularkan Seni Bina Cina Purba

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 November 2024

Wang Yongxian, 74, adalah pakar pembaik pulih bangunan Cina purba dan telah membaik pulih lebih daripada 100 bangunan purba. ‘Atuk’ itu kini aktif memanfaatkan platform video pendek untuk memperkenalkan ciri-ciri seni bina bangunan purba di Provinsi Shanxi kepada warganet.

Menggunakan nama pena maya ‘Dougong’, iaitu elemen paling penting dalam seni bina Cina tradisional dan yang juga merupakan elemen struktur unik kurungan kayu bersambung, dia giat memuat naik video mengenai bangunan Cina purba sejak 2019.

Setakat kini, dia telah memuat naik lebih daripada 170 video di dalam koleksi bertajuk ‘Belajar asas seni bina purba dari mula’, sehingga berjaya mempunyai lebih sejuta pengikut dan lebih daripada 20 juta tontonan secara keseluruhan.

Difahamkan, kebanyakan pengikutnya terdiri daripada golongan muda dan turut memanggilnya ‘Atuk Dougong’.

Menurut warga emas itu, Dougong adalah jiwa kepada seni bina Cina purba, sekali gus menjelaskan sebab di sebalik penggunaan nama pena maya tersebut.

Bagi warganet yang menonton videonya, mereka kebiasaannya akan menyusuli dengan meninggalkan komen atau menghantar mesej secara peribadi untuk menyatakan penghargaan kerana membolehkan mereka memahami selok-belok seni bina purba, serta menzahirkan keinginan tinggi untuk melawat Shanxi.

Malah, turut terdapat warganet yang menjadikan videonya sebagai panduan atau kursus kilat sebelum menjelajah Shanxi, serta pelajar yang mula timbul minat selepas menonton video Wang sehingga berjaya memasuki kursus sejarah seni bina di universiti berprestij China, Tsinghua.

“Bertahun-tahun China menekankan usaha memelihara seni bina purba dan kini semakin ramai orang mula memberi perhatian terhadap bangunan purba. Sejujurnya saya gembira melihat kefahaman sejumlah besar anak muda daripada sifar hingga timbul minat memahami secara asas, dan seterusnya mencintai bangunan purba,” kata Wang.

Wang dan bangunan Cina purba dilihat sebagai sangat sinonim apabila ‘hubungan’ kedua-duanya telah mula sejak 50 tahun lalu. Dia menyertai jawatankuasa kerja relik kebudayaan Provinsi Shanxi pada 1970, dan menjadi ‘pembaik pulih kuil’.

Bercerita lanjut, dia memberitahu bahawa bangunan purba dahulunya digelar sebagai kuil dan kebanyakan terletak di kawasan luar bandar. Katanya, kehidupannya boleh diibaratkan seperti sami yang mempunyai masa terhad dengan keluarga serta menghabiskan masa bertahun-tahun di kawasan pedalaman dan gunung terpinggir bagi meninjau, membaik pulih dan menghidupkan semula kuil yang hampir runtuh.

Foto Wang Yongxian, pakar pembaik pulih bangunan Cina purba yang berusia 74 tahun. (Foto ihsan Wang Yongxian/Yangtse.com)

Foto Wang Yongxian, pakar pembaik pulih bangunan Cina purba yang berusia 74 tahun. (Foto ihsan Wang Yongxian/Yangtse.com)

Usaha Wang membuahkan hasil apabila bangunan purba di serata Shanxi seperti Kuil Foguang, Chongu, Guandi, Jinci dan Xuankong berjaya dihidupkan semula, seterusnya dibuka kepada awam.

Meskipun sudah bersara, cinta Wang terhadap seni bina purba tidak terluntur walau sedikit. Sebaliknya, dia meneruskan usahanya dalam penyelidikan, mempelajari teknik kerja kayu, dan menghasilkan model Dougong, selain menerbitkan banyak artikel dan monograf.

Pada 2017, Wang telah dipanggil untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Normal Taiyuan di ibu kota Provinsi Shanxi dan mengajar kursus berkait pembaik pulihan dan pemeliharaan seni bina purba kepada pelajar.

Katanya, dia mula mendapat ilham untuk menggunakan video pendek dalam usaha mempopularkan pengetahuan tentang bangunan Cina purba ketika berbual-bual bersama pelajar sewaktu sesi rehat.

Pada Februari 2019, Wang menyertai platform video pendek bersama-dengan isteri dan anaknya, dengan Wang menyediakan skrip dan penyampaian, isterinya merakam video, manakala anak perempuannya pula menyunting video.

Bagi mengikut cita rasa golongan muda dan membantu mereka memahami budaya seni bina purba dengan pantas, dia memberi penerangan dalam siri video yang memfokuskan subjek lebih spesifik.

Wang membedah buku profesional purba, memperincikan model Dougong di bangunan purba, memperlihatkan ilustrasi tangan dan memaparkan cara-cara pembinaan, sambil memanfaatkan animasi pendidikan serta berinteraksi dengan wargnet termasuk menjawab pertanyaan mereka.

Pada umur 72 tahun, dia mendapat lesen memandu, dengan objektif untuk menjalankan penggambaran di tapak fizikal, dan telah melewati pelbagai tempat Shanxi bagi menjelaskan ciri-ciri seni bina yang berbeza.

Dorongan daripada ramai netizen juga menjadi penggeraknya, kata Wang. "Walaupun prosesnya mencabar, saya mendapati kegembiraan besar dalam usaha saya, dan saya telah menyedari nilai hidup saya dengan cara ini," katanya.

Pada masa ini, Wang sedang merangka pelan pemulihan untuk Pagoda Sakyamuni Kuil Fogong di kaunti Yingxian, Provinsi Shanxi. Pagoda, yang terkenal sebagai Pagoda Kayu daerah Yingxian, adalah menara struktur kayu yang tertinggi di dunia yang masih wujud.

Wang sering memotivasikan dirinya dengan ayat penyair terkenal China, Zang Kejia, "Lembu tua pun menghargai nilai masa, tanpa memerlukan cambuk, ia membawa dirinya ke hadapan."

Video

Berita Berkaitan