99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Bertemu Ketua-ketua Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa Utama

(CRI)Selasa 10 Disember 2024

Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan ketua-ketua pertubuhan ekonomi antarabangsa utama yang datang ke China untuk menghadiri Dialog "1+10" di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Dalam pertemuan itu, Xi menunjukkan, China bersedia bersama-sama pertubuhan ekonomi antarabangsa utama untuk melaksanakan amalan multilateralisme, mendorong kerjasama antarabangsa, menyokong pembangunan di negara-negara Selatan Global, mempergiat pembentukan multipolariti yang sama rata dan teratur di dunia serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan universal, dan melakukan pembangunan bersama dalam suasana yang adil.

Presiden Bank Pembangunan Baharu (NBD), Dilma Rousseff, CEO Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, Presiden Bank Sedunia (BW), Ajay Banga dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala pula menyanjung tinggi pencapaian China dalam bidang pembangunan ekonomi, optimis terhadap prospek pembangunan China dan mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongannya terhadap operasi pelbagai pertubuhan ekonomi antarabangsa sejak sekian lama.

Setelah mendengar ucapan perwakilan dari pelbagai institusi asing, Xi memberi jawapan terhadap isu-isu yang menjadi perhatian mereka seperti ekonomi dunia, ekonomi China dan tadbir urus ekonomi global.

Menurut Xi, pelbagai negara tidak perlu menganggap kebergantungan ekonomi sebagai risiko, sebaliknya perkara baik yang boleh saling melengkapi, saling menguntungkan dan menang-menang.

China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan, menyelaraskan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berspesifikasi tinggi, membina persekitaran urus niaga yang bertaraf dunia, menawarkan lebih banyak peluang baharu bagi pembangunan bersama pelbagai negara sedunia dan berkongsi lebih banyak "dividen" yang wujud sepanjang proses pembangunan.

Xi mengalu-alukan pelbagai pertubuhan ekonomi antarabangsa untuk terus mengambil bahagian dalam pembinaan "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI), dan mendorong modenisasi yang berorientasikan perkembangan secara aman, saling menguntungkan, kerjasama dan kemakmuran bersama diwujudkan di pelbagai negara.

Menyentuh tentang tadbir urus ekonomi global, Xi menekankan bahawa tak kira apa pun pembaharuan yang dilakukan, prinsip-prinsip berunding, bersama membina dan berkongsi perlu dikekalkan dalam tata kelola ekonomi global, manakala amalan multilateralisme yang sebenar perlu dipertahankan demi memastikan pelbagai negara mempunyai kesamarataan untuk menikmati hak, kepentingan, peluang serta peraturan.

Video

Berita Berkaitan