99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

IMF Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Sejagat kepada 3.2%

(CRI)Rabu 17 April 2024

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan Prospek Ekonomi Global yang terkini yang dikeluarkannya pada Selasa menaikkan kadar pertumbuhan ekonomi global kepada 3.2 peratus bagi sepanjang tahun ini, iaitu lebih tinggi 0.1 mata peratusan berbanding unjuran yang dibuat dalam laporan edisi Januari, dan juga lebih tinggi 0.3 mata peratusan berbanding yang dibuat dalam laporan edisi Oktober 2023.

Menurut laporan yang terkini itu, pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini dijangka kekal pada kadar 4.6 peratus, sama seperti ramalan yang dibuat sebelum ini.

Walaupun tetap berkembang, ekonomi sejagat menunjukkan pertumbuhan yang tidak seimbang dan berdepan dengan banyak cabaran pada masa yang akan datang.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi global akan kekal pada kadar sekitar 3.2 peratus pada 2024 dan 2025, dan kadar inflasi keseluruhan di dunia dijangka menurun kepada 5.9 peratus pada 2024 dan 4.5 peratus pada 2025 berbanding 6.8 peratus secara puratanya pada 2023.

Video

Berita Berkaitan