99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rakyat Syria Boleh Bina Masa Depan yang Stabil dan Aman - Antonio Guterres

(CRI)Isnin 09 Disember 2024

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengeluarkan kenyataan mengenai situasi di Syria melalui jurucakapnya pada Ahad.

Guterres berkata bahawa selepas peperangan yang dahsyat selama 14 tahun dinoktahkan dan kerajaan Syria digulingkan, rakyat negara itu boleh merebut peluang pada detik sejarah ini untuk membina masa depan yang stabil dan aman.

Guterres melalui kenyataan itu menekankan bahawa masa depan Syria ditentukan oleh rakyat Syria, dan Utusan Khas PBB bagi isu Syria, Geir Pedersen akan bekerjasama dengan mereka.

Guterres menambah, masyarakat antarabangsa perlu menyokong Syria dan PBB komited untuk membantu rakyat Syria membina Syria menjadi sebuah negara yang boleh bersama-sama menikmati keharmonian, keadilan, kebebasan dan kemakmuran yang dilihat kondusif bagi keamanan yang mampan di negara itu.

Video

Berita Berkaitan