99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kamera CCD Retro Cara Terkini Muda-mudi di China Rakam Hidup

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 02 Disember 2024
Kamera CCD Retro Cara Terkini Muda-mudi di China Rakam Hidup
Kedai fizikal di hab elektronik terkenal China, Huaqiangbei di Shenzhen dilihat menjual kamera CCD. (Foto/Xinhua)

Kamera CCD yang pernah lenyap dari ingatan, dianggap “sampah elektronik” dan ditolak ke tepi oleh gelombang teknologi, kembali menakluki minat muda-mudi yang mahu merakamkan hidup mereka.

Meskipun imej yang dihasilkan kabur dan warnanya kurang terang, alat vintaj ini yang dahulunya dijual dengan harga puluhan yuan, kini dibubuh harga empat digit. Lonjakan dalam harga dan popularitinya dimarakkan lagi oleh trend nostalgia retro yang melanda golongan muda di China.

“Harganya melambung sampai lebih sepuluh kali ganda, dan kawan-kawan saya semuanya beli,” kongsi Tang Lili, pemudi kelahiran tahun 90-an yang bekerja di Shenzhen, sebuah metropolis di selatan China.

Kamera pertama Tang, model CCD Canon yang dibeli ketika bersekolah menengah, dijual selepas itu pada harga yang tidak seberapa kerana sudah lapuk. Melihat foto-foto di media sosial kini, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati harga kamera seumpama sudah melambung di luar jangkaan.

Di platform media sosial China seperti Xiaohongshu, Douyin (TikTok) dan Weibo, keghairahan untuk berkongsi kamera CCD terpakai semakin menjadi-jadi. Dengan memiliki kamera jenis ini, si pemilik merasakan dapat menangkap tona vintaj yang unik, tekstur filem, malahan rona “kulit putih dingin” yang menjadi idaman.

CCD atau Charge-Coupled Device, merujuk kepada komponen sensitif cahaya di dalam kamera digital. Walaupun CCD mampu menghasilkan gambar yang elok dalam keadaan cahaya yang mencukupi, namun ia mempunyai kelemahan ketara. Contohnya, gambar tidak elok dalam keadaan kurang cahaya, sensor yang kecil dan kiraan piksel yang rendah. Selepas 2010, CCD beransur-ansur digantikan dengan CMOS.

Namun demikian, carian mengenai kamera CCD di platform e-dagang seperti Taobao, Xianyu dan Douyin menunjukkan begitu ramai peniaga masih menjualnya. Tambahan pula, berderet-deret kedai fizikal di hab elektronik terkenal China, Huaqiangbei di Shenzhen dilihat menjual kamera CCD.

Setiap gerai, sekecil beberapa meter persegi sahaja, umpama muzium mini CCD yang mengatur kamera jenis itu dari beraneka macam jenama, model, usia dan keadaan.

“Kini, CCD sudah menjadi gaya estetika unik dan kebanyakan orang tertarik dengan kandungan atas talian,” kata Zhou Xingwang, pemilik kedai CCD retro “Xidi Digital” di Huaqiangbei. Jelas Zhou, kedainya mampu menjual lebih 100 unit CCD sebulan, dengan harga bermula daripada beberapa ratus hingga kira-kira 2,000 yuan.

Bagi golongan muda, terutamanya pelajar, daya tarikan kamera CCD bukan hanya pada gaya fotografinya yang unik, tetapi juga kerana ia mudah alih, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.

“[Kamera CCD] kecil, memudahkan, dan selesa dipegang. Gambar yang diambil juga cantik, dan timbul rasa yang istimewa ketika kita keluarkan untuk ambil gambar,” ujar Zhang Nana, pelajar sekolah menengah dari daerah Bao’an, Shenzhen.

Tahun-tahun kebelakangan ini, dengan tersebar luasnya telefon pintar, pengeluar-pengeluar utama telah menghentikan pengeluaran kamera kompak mereka. Trend Vlog dewasa ini bagaimanapun telah menyalakan kembali permintaan pasaran untuk kamera digital mudah alih.

Ada pakar yang melihat kamera retro sebagai wadah untuk orang muda mengekspresikan minat spiritual dan personaliti unik masing-masing.

“Berkongsi foto sudah menjadi ritual bagi orang muda zaman ini. Proses berkongsi itu bukan sahaja mencerminkan kesedaran diri, tetapi juga menjadi jalan untuk memperkukuh identiti kelompok,” kata Wang Ning, profesor sosiologi dan antropologi di Universiti Sun Yat-sen.

“’Penggunaan berunsur nostalgia’ di sebalik trend ini, dilihat sebagai satu trend estetika, mencerminkan hasrat orang muda terhadap kehidupan yang lebih baik, dan penuh dengan makna-makna baharu yang menjadi gambaran peredaran zaman,” jelas Wang lagi.

Video

Berita Berkaitan