99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-14 di Laos

(CRI)Jumaat 22 November 2024

Tak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China akan terus bersinergi bersama ASEAN untuk memperkukuh perpaduan dan rasa saling percaya, memperdalam kolaborasi pragmatik, mengurus perbezaan pendapat dengan baik, serta sentiasa menjadi rakan akrab yang berkongsi susah senang dan bantu-membantu.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan China Dong Jun dalam Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-14 yang diadakan di Vientiane, Laos pada Khamis.

Beliau berkata isu maritim bersangkutan dengan kepentingan bersama semua, maka pihak terbabit perlu membina visi strategik jangka panjang, memperkasa kerjasama keselamatan maritim sambil berusaha mengubah percanggahan dan kesukaran menjadi peluang kerjasama.

Dalam mesyuarat itu, pemimpin jabatan pertahanan dari negara ASEAN memuji perkembangan hubungan China-ASEAN, menghargai pendirian China menghormati kedudukan pusat ASEAN dalam kolaborasi serantau, di samping menyatakan kesediaan mereka untuk memperluas kerjasama keselamatan yang lebih pragmatik dengan China.

Video

Berita Berkaitan