99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tiba Masa Manfaatkan Momentum Kerjasama E-dagang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 26 September 2024

Majlis pelancaran. Foto ihsan penganjur

Majlis pelancaran. Foto ihsan penganjur

Majlis promosi kerjasama e-dagang rentas sempadan China-ASEAN diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada 24 September.

Sejajar dengan sasaran Inisiatif Bersama untuk Memperkasakan Kerjasama E-dagang yang ditetapkan semasa Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-26 pada 2023, majlis dijadualkan berlangsung serentak dengan Ekspo China-ASEAN bermula tahun ini, dengan satu negara tamu ASEAN dan satu provinsi atau wilayah tamu dari China.

Ini akan menyediakan sebuah platform peringkat tinggi yang terbuka untuk perdagangan digital antara China dengan ASEAN, di samping membantu Guangxi merealisasikan mod operasi pasaran dwikitaran domestik dan antarabangsa yang memudahkan.

Tahun ini, Vietnam dipilih sebagai negara tamu, manakala provinsi atau wilayah tamu pula ialah Xinjiang. Bertemakan “Perdagangan digital menjadikan beli-belah di ASEAN lebih mudah dan baik”, acara terbahagi kepada dua segmen utama yang masing-masingnya memfokuskan promosi khas dan kerjasama terbuka melibatkan e-dagang.

Antara hasil majlis kali ini, terbentuknya satu perikatan kerjasama e-dagang serantau dengan pemeteraian MOU antara kerajaan 12 provinsi, wilayah dan bandar di barat China untuk meneroka potensi perniagaan dengan tempat-tempat lain di dalam negeri dan juga negara-negara ASEAN. Beberapa platform e-dagang terkenal China turut mengumumkan tindakan sokongan mereka bagi merancakkan lagi kerjasama melibatkan e-dagang.

Difahamkan, penganjuran serentak siri aktiviti promosi yang berkenaan telah menarik penglibatan pelbagai platform dan syarikat e-dagang. Melalui sesi suai padan khas, beberapa banyak projek kerjasama bernilai lebih 8 juta yuan telah ditandatangani di tapak majlis, dengan hasrat berkontrak dijangka membawa 5 juta yuan lagi, sementara kerjasama strategik merekodkan nilai melebihi 30 juta yuan.

Pameran produk istimewa Xinjiang. Foto ihsan penganjur

Pameran produk istimewa Xinjiang. Foto ihsan penganjur

MOU penubuhan perikatan kerjasama e-dagang melibatkan provinsi, wilayah dan bandar di barat China dimeterai. Foto ihsan pihak penganjur

MOU penubuhan perikatan kerjasama e-dagang melibatkan provinsi, wilayah dan bandar di barat China dimeterai. Foto ihsan pihak penganjur

Pameran produk istimewa ASEAN. Foto ihsan penganjur

Pameran produk istimewa ASEAN. Foto ihsan penganjur

Video

Berita Berkaitan