99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pameran Auto Guangzhou 2024 Pamerkan Barisan Model Mewah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 18 November 2024

Reruai Audi di Pameran Auto Guangzhou 2024 yang berlangsung mulai 15 hingga 24  November 15 to 24 di Provinsi Guandong, selatan China. (Li Fusheng/China Daily)

Reruai Audi di Pameran Auto Guangzhou 2024 yang berlangsung mulai 15 hingga 24 November 15 to 24 di Provinsi Guandong, selatan China. (Li Fusheng/China Daily)

Pameran Auto Guangzhou 2024, yang berlangsung dari 15 hingga 24 November, menampilkan lebih 1,100 model kenderaan, termasuk 78 pelancaran global, serta menjadi tumpuan pengeluar tempatan seperti BYD dan GAC Group serta jenama antarabangsa seperti Mercedes dan Lamborghini, lapor agensi berita China Daily.

Difahamkan, acara yang meliputi kawasan seluas lebih 220,000 meter persegi itu turut mempamerkan 512 kenderaan tenaga baharu, menjadikannya antara acara automotif utama di China.

BYD, pengeluar tempatan terkemuka, menarik perhatian dengan pelancaran Seal 06 GT yang diinspirasikan daripada permainan video popular Black Myth: Wukong.

Selain itu, model baharu Xia MPV turut diperkenalkan sebagai sebahagian daripada siri dinasti China seperti Qin, Han, Tang, dan Song, manakala GAC Group pula menampilkan Aion, jenama EV mereka, dengan model UT kelas A dan SUV elektrik bersaiz besar, Hyper HL, untuk pasaran global.

Jenama Jerman seperti Audi, Mercedes, dan BMW turut bersaing dalam peralihan kepada elektrifikasi.

Audi, bersama rakan kongsi China, SAIC, melancarkan jenama baharu AUDI untuk kenderaan elektrik dan pintar. Mercedes memperkenalkan model elektrik G 580 yang melengkapkan barisan EV mewah mereka. BMW pula memberi tumpuan kepada kualiti pemanduan, dengan setiap model menjalani ujian jalan selama sekurang-kurangnya 2.5 tahun sebelum dilancarkan.

Toyota dan Honda, melalui usaha sama dengan GAC Group, turut menonjolkan inovasi mereka. GAC Toyota melancarkan bZ3X, model elektrik pertama yang dibangunkan sendiri, sempena ulang tahun ke-20 syarikat itu. Sementara itu, GAC Honda memperkenalkan jenama baharu, Ye, dengan model Ye P7 dan Ye GT Concept yang direka khusus untuk pasaran China. Honda bercadang melancarkan enam model Ye menjelang 2027.

Pengeluar baharu seperti Xiaomi, Nio, dan Li Auto tidak ketinggalan mencuri perhatian.

Xiaomi, yang melancarkan model pertamanya SU 7 pada Mac lalu, mencapai sasaran jualan tahunan dengan 100,000 unit setakat Oktober. Li Auto pula mencatat sejarah dengan kenderaan ke-1 juta mereka yang siap dipasang bulan lalu, menunjukkan pertumbuhan pesat syarikat tersebut.

Acara ini turut mencatat sejarah dengan kenderaan tenaga baharu (NEV) ke-10 juta China tahun ini yang keluar dari barisan pemasangan di Wuhan sehari sebelum pameran dibuka.

Video

Berita Berkaitan