99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Guangzhou Keluar Draf Undang-undang Pemanduan Autonomi

Perkhidmatan teksi pandu sendiri di Shenzhen, provinsi Guandong. (Foto/China Daily)

Perkhidmatan teksi pandu sendiri di Shenzhen, provinsi Guandong. (Foto/China Daily)

Kongres Rakyat Guangzhou telah merangka draf undang-undang untuk memperluas lagi pengoperasian teksi dan bas autonomi di ibu kota provinsi Guangdong, bagi menyokong pembangunan pengangkutan pintar pada masa depan.

Menurut draf Peraturan mengenai Pembangunan Inovatif Kenderaan Sambungan Internet Pintar di Guangzhou, bandar itu akan menyokong penggunaan kenderaan tersebut di hab-hab pengangkutan termasuk lapangan terbang, pelabuhan, lebuh raya serta pengangkutan awam bandar, teksi dan perkhidmatan pelancongan yang berkaitan pada tahun-tahun berikutnya.

Memetik laporan agensi berita China Daily, pihak berkuasa perundangan sedang memungut pendapat umum mengenai draf itu, dalam usaha untuk menyokong pemanduan autonomi di metropolis selatan, yang merupakan hab pengangkutan di tanah besar China.

Turut difahamkan, Guangzhou juga akan membuka lebih banyak jalan untuk operasi campuran antara pemanduan autonomi dan pemanduan bermanusia di sekitar bandar.

Dari segi keselamatan dan tanggungjawab, draf tersebut telah memperincikan piawaian keselamatan dan mekanisme penentuan tanggungjawab untuk kenderaan bersambung pintar, dan ia memerlukan syarikat yang berkaitan untuk memastikan keselamatan operasi kenderaan, serta menjalankan analisis teknikal dan penyiasatan tepat pada masanya sekiranya berlaku kemalangan.

Draf tersebut turut menggalakkan syarikat, universiti dan institusi penyelidikan untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi dalam teknologi teras utama, seperti cip gred automotif, sensor pintar dan algoritma pemanduan autonomi, sekali gus memperkukuh perlindungan hak harta intelek dalam bidang kenderaan bersambung pintar.

Dikenali sebagai pintu masuk selatan negara itu, Guangzhou dijangka menjadi bandar pertama yang menggubal undang-undang dalam menyokong industri pemanduan autonomi di provinsi Guangdong sebaik sahaja undang-undang itu dikuatkuasakan.

Menurut statistik rasmi, Guangzhou kini mempunyai bas dan teksi autonomi, termasuk 50 bas yang sedang beroperasi, selain membuka 10 laluan bas pemanduan autonomi di daerah Huangpu dan Haizhu.

Mempunyai populasi lebih daripada 17 juta, Guangzhou akan mempunyai lebih banyak kenderaan autonomi, dan akan membuka lebih banyak laluan bas pemanduan autonomi.

Video

Berita Berkaitan