99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Lipat Ganda Usaha Pencegahan, Kawalan Sumber Pencemaran Tanah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 November 2024

China mengumumkan pelan tindakan bagi memperhebat pencegahan dan kawalan sumber pencemaran tanah yang akan berkuatkuasa serta merta sehingga tahun 2027, lapor agensi berita Xinhua.

Difahamkan, pelan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh badan berautoriti termasuk Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, serta Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara.

Menurut laporan, pelan itu menekankan tentang usaha menambahbaik kualiti persekitaran ekologi tanah, selain usaha untuk mempromosi pembangunan ekonomi negara yang berkualiti tinggi.

Menjelang 2027, kemajuan signifikan akan dapat dilihat dalam pencegahan dan kawalan sumber pencemaran tanah. Kerja untuk mengesan dan membetulkan ancaman tersembunyi dalam entiti utama yang menyumbang kepada pencemaran tanah akan dipertingkatkan, penggunaan tanah pertanian yang tercemar secara selamat akan dipertingkatkan, dan penggunaan tanah pembinaan yang selamat akan terjamin dengan berkesan seperti yang dirangka.

Pelan itu antara lain turut menggariskan usaha untuk mencegah pencemaran baharu daripada perusahaan perindustrian dan perlombongan, yang meliputi kawasan seperti pemilihan tapak dan langkah pengumpulan bahan pencemar khusus.

Ia juga menggesa usaha untuk mengukuhkan penyeliaan keseluruhan proses untuk memastikan penggunaan selamat kawasan tanah pembinaan utama, dan untuk mengawal secara berkesan risiko pencemaran air bawah tanah dari taman kimia berisiko tinggi.

Pelan itu menetapkan bahawa China akan secara aktif memanfaatkan modal sosial dengan menggunakan bon kerajaan khas dan dana perlindungan ekologi dan alam sekitar kerajaan pusat, bertujuan untuk menambah baik sistem dasar yang akan menghalang dan mengawal sumber pencemaran tanah, dan untuk membina mekanisme pelaburan perlindungan dan pemulihan ekologi yang pelbagai.

Video

Berita Berkaitan