- Lain-lain
Lingkungan Sahabat CIIE Makin Luas (2)
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi ketujuh membuka tirai di Shanghai pada Selasa dengan penyertaan sebanyak 3,496 pempamer dari 129 negara dan wilayah, sekali gus membaharui rekod yang dicatatkan edisi lalu.
Pada Mei 2017, Presiden Xi Jinping mengumumkan China akan menganjurkan CIIE bermula 2018. Ia merupakan ekspo peringkat negara pertama di dunia yang memfokuskan aspek pengimportan.
Ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian CIIE pertama, Xi menyifatkan penganjuran ekspo itu sebagai keputusan penting dibuat China untuk menggalakkan pusing baharu keterbukaan bertaraf tinggi.
Enam edisi CIIE sebelum ini menyaksikan hampir 2,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu membuat debut dengan jumlah kumulatif transaksi dirancang mencecah USD420 bilion (RM1.83 trilion).
Presiden Xi kerap kali menyatakan bahawa keterbukaan sinonim dengan China pada zaman kontemporari. Perkataan 'terbuka' pernah disebut sebanyak lebih 100 kali oleh beliau ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian lima edisi CIIE berturut-turut.
Dalam ucaptama sempena CIIE edisi keempat pada 2021, Xi berkata iltizam China untuk memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan berkongsi peluang pembangunan dengan dunia tidak akan goyah, begitu juga tekad untuk menggerakkan globalisasi ekonomi ke arah lebih terbuka, terangkum, menguntungkan semua, seimbang dan sama menang.
Tokoh-tokoh asing melihat CIIE sebagai tanda global menuju kemakmuran, dengan menjanjikan manfaat buat China malah seluruh dunia.
- Bilangan Pempamer CIIE ke-7 Catat Rekod Baharu
- PM Li Bersimposium Bersama Wakil Pempamer CIIE
- CIIE Ke-7 Sedia Buka Tirai
- Stesen Kereta Api Shanghai Sediakan Ruang Perkhidmatan Untuk CIIE ke-7
- PM Li Bakal Hadiri Majlis Perasmian CIIE ke-7
- Kongsi Peluang dari Pasaran China melalui CIIE
- Shanghai Siap Sedia untuk CIIE Ke-7
- CIIE ke-7 Berlangsung di Shanghai Bulan Depan
- Perjumpaan Pemadanan Untuk Permintaan-Bekalan Pra-ekspo CIIE ke-7
- Lebih 600 Perusahaan Mendaftar untuk CIIE ke-7