99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Bertemu Presiden Laos

(CRI)Rabu 23 Oktober 2024
Xi Bertemu Presiden Laos

Presiden Xi Jinping menyeru China dan Laos mewujudkan model untuk kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau membuat kenyataan itu semasa pertemuan bersama Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Presiden Laos Thongloun Sisoulith di Kazan, Rusia pada Selasa.

Xi berkata kedua-dua pihak harus terus mengukuhkan pembangunan landasan keretapi China-Laos dan menggalakkan pembinaan Koridor Ekonomi China-Laos.

China bersedia mengimport lebih banyak produk pertanian berkualiti dari Laos di samping mempererat pertukaran dan kerjasama dalam bidang seperti pendidikan, budaya dan belia, kata beliau.

Sementara itu, Thongloun menzahirkan penghargaan atas sokongan padu yang diberikan China untuk membantu Laos memecut pembangunan sosioekonomi, sambil menyuarakan harapan terus bersinergi dengan China ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Video

Berita Berkaitan