99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Laos Eratkan Kerjasama Pembangunan di Kawasan Sepanjang Jalan Kereta Api

(CRI)Jumaat 16 Ogos 2024
China, Laos Eratkan Kerjasama Pembangunan di Kawasan Sepanjang Jalan Kereta Api

China bersedia terus mengeratkan kerjasama yang saling menguntungkan dengan Laos dalam pelbagai bidang, terutamanya mempercepat pembangunan bersepadu di kawasan sepanjang Jalan Kereta Api China-Laos dengan memanfaatkan pengaruhnya pada pelbagai aspek yang dipercayai kondusif bagi pembangunan di negara masing-masing.

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian ketika bertemu dengan Naib Perdana Menteri Laos merangkap Menteri Luar, Saleumxay Kommasith di Chiang Mai, Thailand pada Khamis waktu tempatan.

"China menyokong teguh Laos meneliti dan melakukan pembangunan mengikut acuan sendiri, dan menjalankan tugas dengan baik selaku negara pengerusi bergilir ASEAN," kata Wang.

Sementara itu, Saleumxay Kommasith menyatakan bahawa kerjasama dengan China yang berkembang pesat berperanan amat penting dalam pembangunan sosioekonomi Laos.

Pihaknya bersedia bersama-sama dengan China bertindak pantas melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mengeratkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan kesalinghubungan dan kerjasama dalam bidang sumber perlombongan, sinergi memerangi jenayah rentas sempadan, dan membuahkan hasil yang lebih banyak dalam membina komuniti berkongsi nasib Laos-China demi kesejahteraan rakyat.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu Myanmar.

Wang Yi menyatakan bahawa China menyokong ASEAN meningkatkan komunikasi dan kontak dengan Myanmar, melakukan perbincangan tentang peningkatan penyelarasan dalam pelaksanaan "lima konsensus ASEAN" dengan "peta garisan lima perkara" yang baharu yang dikemukakan Myanmar, dan bertindak membantu Myanmar memelihara kestabilan domestiknya, mewujudkan perdamaian dengan saluran politik dan memulihkan proses peralihan demokrasi.

Dalam pada itu, Saleumxay Kommasith menyanjung tinggi peranan China yang konstruktif dalam mendorong rundingan damai di kawasan utara Myanmar dan perdamaian dengan saluran politik di peringkat kebangsaan negara itu. Pihaknya bersedia meningkatkan koordinasi dengan China untuk membantu Myanmar melakukan pembangunan dalam suasana yang stabil.

Video

Berita Berkaitan