99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Berpendirian Teguh pada Penyelesaian Isu Hangat Melaui Dialog dan Rundingan

(CRI)Selasa 15 Oktober 2024

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araqchi melalui telefon pada Isnin.

Abbas berkata Iran memberikan perhatian tinggi terhadap risiko peningkatan situasi serantau dan tidak mahu melihat konflik merebak.

Beliau menyatakan bahawa Iran mementingkan pengaruh penting China dalam hal ehwal antarabangsa dan bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China supaya mendorong peredaan situasi serantau melalui kaedah diplomatik.

Sementara itu, Abbas juga mengingatkan Israel supaya mengelak daripada mengambil tindakan berisiko.

Wang Yi menyatakan bahawa China berpendirian teguh pada penyelesaian isu-isu hangat melalui dialog dan rundingan, menentang tindakan yang meruncingkan pertikaian, meluaskan konflik, dan operasi ketenteraan yang berisiko.

Beliau menyeru semua pihak terlibat supaya melakukan lebih banyak perkara yang kondusif demi keamanan dan kestabilan serantau.

Wang Yi berkata China gembira melihat kerajaan Iran menjalankan diplomasi pengantaraan, meningkatkan persefahaman dengan pelbagai pihak, dan membaiki hubungan dengan negara-negara serantau.

Video

Berita Berkaitan