99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Iran Optimistik Terhadap Pemulangan Aset Beku

(CRI)Selasa 22 Ogos 2023

Proses memulangkan aset Iran yang dibekukan oleh kerajaan Korea Selatan telah dimulakan, dan pihak Iran optimistik atas prospek pelaksanaan perjanjian berkaitan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani pada 21 Ogos.

Menyentuh isu pertukaran tahanan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran untuk mencairkan dan memulangkan aset Iran yang dibekukan di Korea Selatan, jurucakap itu mengesahkan bahawa Iran telah mencapai perjanjian dengan Korea Selatan dan proses pemulangan aset sudah dimulakan.

Nasser Kanaani menyatakan tempoh pelaksanaan perjanjian tersebut adalah dua bulan secara maksimum. Iran optimistik terhadap prospek pelaksanaan perjanjian itu dan akan terus melindungi asetnya di luar negara melalui saluran diplomatik dan undang-undang.

Video

Berita Berkaitan