99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Gesa Usaha Gigih bagi Lakar Pencapaian Baharu dan Menyumbang kepada Keamanan dan Pembangunan Manusia

(CRI)Selasa 01 Oktober 2024

Presiden China, Xi Jinping berkata, rakyat China pasti akan melakar pencapaian yang lebih gemilang dan memberikan sumbangan baharu yang lebih besar kepada keamanan dan pembangunan manusia pada zaman baharu.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China membuat kenyataan itu semasa berucap pada majlis resepsi yang diadakan di Beijing pada Isnin untuk meraikan ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China (RRC).

Xi menyifatkan usaha memangkin agenda pemerkasaan negara, dan mengangkat maruah bangsa dengan pembangunan modenisasi ala China merupakan misi utama PKC dan negara Tembok Besar ini pada era baharu.

"Tindakan terbaik untuk meraikan ulang tahun RRC adalah meneruskan perjuangan mulia ini yang tidak ada tolok banding pada zaman purba," kata beliau.

Xi juga menyifatkan aspirasi mengangkat maruah bangsa China adalah dicetuskan bersama oleh seluruh rakyat China yang melibatkan sanak saudara dari Hong Kong, Macao dan Taiwan.

"Pelbagai pihak perlu melaksanakan dengan tetap dan tegas prinsip ‘Satu Negara, Dua Sistem’, dan ‘mengekalkan lokaliti dan kemandirian dalam pentadbiran autonomi Hong Kong dan Macao’ bagi memelihara dan menggalakkan kemakmuran dan kestabilan di kedua-dua kawasan pentadbiran khas tersebut untuk jangka masa yang panjang," kata Xi.

Xi menegaskan, Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah China.

“Penyatuan semula tanah air merupakan trend perkembangan zaman, aspirasi rakyat, dan tiada siapa yang dapat menghalang roda sejarah ini daripada bergerak maju,” kata beliau.

Xi menyatakan, rakyat dari semua negara yang hidup di Bumi ini berkongsi nasib yang sama.

"Usaha perlu dilakukan untuk menyemarakkan nilai universal, menyokong multipolar dunia yang sama rata dan teratur, globalisasi ekonomi yang inklusif, menggalakkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global, selain mengambil bahagian secara aktif dalam pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus global bagi menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Xi.

Xi menambah, modenisasi ala China telah membentangkan prospek yang cerah dan cemerlang susulan perjuangan gigih selama 75 tahun, dan kemaraan rakyat China tidak akan terhalang ekoran kesukaran dalam apa jua bentuk.

Majlis resepsi itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang, dan disempurnakan dengan kehadiran pemimpin negara Zhao Leji, Wang Huning, Cai Qi, Ding Xuexiang, Li Xi dan Han Zheng, serta 3,000 tokoh dari dalam dan luar negeri.

Video

Berita Berkaitan