- Lain-lain
Xi Tandatangani Dekri Anugerah Pingat Kebangsaan, Gelaran Kehormat kepada 15 Individu
Presiden China, Xi Jinping menandatangani dekri presiden untuk menganugerahkan pingat kebangsaan dan gelaran kehormat kebangsaan kepada 15 individu sempena ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China pada Jumaat.
Dekri itu ditandatangani beliau selepas keputusan berkenaan diluluskan dalam mesyuarat ke-11 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-14 yang diadakan pada hari yang sama.
Wang Yongzhi, Wang Zhenyi, Li Zhensheng dan Huang Zongde dianugerahi Pingat Republik, manakala Dilma Rousseff dari Brazil dianugerahi Pingat Persahabatan.
Selain itu, terdapat sepuluh lagi individu yang dianugerahi gelaran kehormat kebangsaan termasuk Wang Xiaomo mendapat gelaran Saintis Rakyat; Bayika Kalidibek diberi penghormatan dengan gelaran Pengawal Rakyat; Tian Hua, gelaran Artis Rakyat, Xu Zhenchao, Tukang Rakyat; Zhang Jinfan, Pakar Pendidikan Rakyat; Lu Shengmei, Pekerja Kesihatan Rakyat; Zhang Zhuoyuan, Penyumbang Cemerlang dalam Bidang Penyelidikan Ekonomi dan Zhang Xielin, Penyumbang Cemerlang dalam Bidang Sukan.