99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pasaran Wangian Berkembang Pesat di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 14 September 2024
Pasaran Wangian Berkembang Pesat di China
Foto produk wangian. (People’s Daily Online Edisi Antarabangsa/Wang Jingyue)

Wangian ala Cina, yang diformulakan sejak dari zaman purba dan digabungkan pula dengan elemen teknologi moden, dilihat menjadi trend bagi pengguna di China pada tahun-tahun mutakhir ini.

Zhang Fan, pembuat minyak wangi dengan pengalaman lebih 10 tahun yang telah mendekati lebih 1,000 jenis formula wangian berpendapat bahawa bahan-bahan di dalam wangian Cina seperti rumput kacang, osmanthus, gardenia, dan mugwort semakin digunakan dalam dua tahun kebelakangan ini, sekali gus mencipta estetika wangian Cina yang berbeza.

Menurut penggiat industri, pasaran minyak wangi tempatan yang dahulunya didominasi oleh jenama asing kini turut menyaksikan jenama tempatan menjadi titik pertumbuhan baharu.

Pengurus operasi sebuah kedai minyak wangi Cina, Yang Qiaolan menyatakan bahawa jualan di kedainya meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun terdahulu, dengan minyak wangi berasaskan teh menjadi kegemaran ramai.

Seiring dengan pertambahan populariti produk minyak wangi itu, ia turut memberi kesan limpahan kepada barisan pengeluaran.

Di sebuah kilang wangian yang terletak di kaunti Xianyou, bandar Putian, Provinsi Fujian tenggara China, satu kumpulan baru batang setanggi baru sahaja siap dan sedia untuk dibungkus.

Lin Qifeng, ketua kilang itu berkata, pada masa lalu hanya terdapat satu atau dua kilang setanggi berhampiran dengan kapasiti pengeluaran terhad. Bagaimanapun, tahun ini telah menyaksikan peningkatan kepada 20 hingga 30 kilang, selain turut menyaksikan peningkatan ketara dalam tempahan.

Jelas beliau, nilai keluaran tahunan kilangnya adalah sekitar RMB10 juta (kira-kira RM6 juta).

Memetik data yang dikeluarkan oleh iiMedia Research, saiz pasaran industri wangian di China dianggarkan sekitar RMB18.15 bilion pada 2023, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 24.25 peratus, dan ia diunjurkan untuk meningkat kepada RMB25.44 bilion menjelang 2025.

Video

Berita Berkaitan