99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Galakkan Pembaharuan Kelengkapan dan Tukar Beli Barang Penggunaan: Xi

(CRI)Sabtu 24 Februari 2024

Presiden China Xi Jinping menekankan peri pentingnya langkah menurunkan kos logistik serta mempromosikan pembaharuan kelengkapan dan tukar beli barang penggunaan secara besar-besaran.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat penekanan tersebut ketika mempengerusikan Sidang ke-4 Jawatankuasa Pusat Kewangan dan Ekonomi pada Jumaat.

Beliau berkata, mempercepat pembaharuan dan penaiktarafan produk merupakan langkah penting untuk mendorong pembangunan bermutu tinggi. Pihak-pihak berkaitan dikehendaki menggalakkan pembaharuan kelengkapan dan tukar beli barang penggunaan secara besar-besaran pusingan baharu.

Sementara itu, menurut Xi, logistik umpama “nadi” bagi ekonomi sebenar dan ia menyambungkan pengeluaran dengan penggunaan serta perdagangan dalam dan luar negeri. Oleh itu, usaha harus diperkasakan untuk menurunkan kos logistik untuk meningkatkan daya saing teras perindustrian dan meningkatkan keefisienan pengoperasian ekonomi.

Video

Berita Berkaitan