Seribu Satu Rasa Beri Goji
|
Gula-gula goji. Foto oleh wartawan People's Daily Online, Liang Hongxin |
Kek mousse beri goji, buah beri goji kering, kopi beri goji… lupakan saja cara lama menikmati beri goji yang hanya direndam dengan air panas. Di Rumah Agam Bairuiyuan yang terletak di Yinchuan, wilayah Ningxia, inovasi bertemu beri goji untuk membawa kelainan ke hujung lidah.
Setakat akhir tahun 2023, Ningxia mempunyai dua jenama awam peringkat wilayah iaitu Ningxia Goji dan Zhongning Goji, selain 10 syarikat pengeluar terkemuka serta 2,755 pengusaha lain. Kawasan penanaman seluas 325,000 mu (kira-kira 21,667 hektar) yang terdapat di sini menghasilkan sebanyak 320,000 tan beri segar. Dengan kadar tukar 35%, seluruh rantaian industri beri goji Ningxia menjana nilai output komprehensif 29 bilion yuan melalui lebih 120 jenis produk yang diproses dalam 10 kategori, yang dijual ke 58 negara dan wilayah.
Menurut pandangan Presiden Persatuan Goji Ningxia, Hao Xiangfeng, untuk melindungi dan mewariskan jenama beri goji Ningxia, yang diperlukan adalah inovasi serta integrasi dengan kehidupan muda-mudi. Ini justeru akan mencetuskan trend “snek, fesyen, dan gaya hidup muda”.
|
Hidangan vegetarian goji. Foto oleh wartawan People's Daily Online, Liang Hongxin |
|
Kopi beri goji. Foto oleh wartawan People's Daily Online, Liang Hongxin |
|
Aiskrim beri goji. Foto oleh wartawan People's Daily Online, Liang Hongxin |