99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pika Helan-Shan Ditemui Semula di Ningxia

Pika Helan-Shan Ditemui Semula di Ningxia
Gambar pika Helan-Shan yang dirakamkan. (foto diberikan oleh Nie Wei)

Pada 28 Februari, seorang pegawai sains di Taman Hutan Negara Gunung Helan di wilayah autonomi Hui Ningxia merakamkan spesis terancam, pika Helan-Shan. Ini kali pertama spesis ini ditemui di taman itu selepas enam tahun.

Pika Helan-Shan juga dikenali sebagai pika Daurian dan pika alp, diberikan perlindungan peringkat kedua. Spesis ini endemik di gunung Helan yang terletak di sempadan antara wilayah autonomi Hui Ningxia dan wilayah autonomi Monggolia Dalam. Oleh itu, gambar yang diambil kali ini sanggat berharga.

Difahamkan, haiwan ini mendiami kawasan pergunungan yang melebihi 2,000 meter dari paras laut. Biasanya, Pika Helan-Shan mempunyai berat badan antara 176 hingga 235 gram, merupakan jenis pika yang terbesar di China.

Haiwan ini memiliki bulu panjang, telinga bulat, dan tompok merah di bawah leher. Ia memakan rumput, terutamanya Kobresia. Pada setiap April, ia akan memasuki tempoh pembiakan. Ia hanya membiak sekali setahun dan beranak dua hingga empat ekor sekali.

Dalam setahun, pika Helan-Shan menukar bulunya dua kali. Bulu musim sejuknya ditukar pada September dan berwarna coklat keabu-abuan manakala bulu musim panasnya ditukar pada April dan berwarna kuning pekat. 

Taman Hutan Negara Gunung Helan terletak di tengah-tengah Rizab Alam Semula Jadi Gunung Helan. Berkat usaha pemuliharaan ekologi pada tahun-tahun kebelakangan ini, persekitaran di gunung Helan pulih dalam masa yang singkat dengan bilangan haiwan dan tumbuhan liar meningkat ketara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan