99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Afrika Sasarkan Bidang Baharu dalam Kerjasama Masa Depan

(CRI)Selasa 03 September 2024

China dan Afrika telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan akan menyasarkan bidang baharu dalam kerjasama masa depan.

Demikian kata seorang pegawai dalam sidang akhbar pada Isnin mengenai Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024 yang bakal berlangsung di Beijing dari 4 hingga 6 bulan ini.

Pada masa ini, sebanyak 52 negara Afrika dan Kesatuan Afrika (AU) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan China mengenai pembinaan bersama BRI.

Terdapat lagi sejumlah negara Afrika yang akan menandatangani sebahagian rancangan kerjasama baharu dengan China di bawah BRI, kata Ketua Pengarah Jabatan Keterbukaan Daerah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Xu Jianping.

Statistik dalam tempoh 11 tahun yang lalu menyaksikan landasan kereta api yang dibina dan diubahsuai di negara-negara Afrika dengan penglibatan perusahaan China mencatat lebih 10,000 kilometer, lebuh raya menokok 100,000 kilometer, jambatan hampir 1,000 buah, pelabuhan 100 buah, talian penghantaran dan pengagihan kuasa elektrik mencatat 66,000 kilometer, dan rangkaian komunikasi utama pula sepanjang 150,000 kilometer.

Sementara itu, kerjasama antara China dan negara-negara Afrika dalam kerangka BRI selalunya mengutamakan keselamatan makanan dan pembangunan pertanian.

Perangkaan terbabit menyaksikan China telah membina 24 pusat perintis teknologi pertanian di Afrika. Pengeksportan hasil pertanian Afrika ke China kekal pada kadar pertumbuhan lebih 10 peratus untuk bertahun-tahun, menjadikan China destinasi eksport kedua terbesar bagi hasil pertanian Afrika dengan nilainya mencecah USD5.32 bilion (RM23.3 bilion) pada 2023.

"Produk bercirikan tempatan Afrika yang dipasarkan ke China seperti cili kering dan kopi dari Rwanda, alpukat dari Kenya dan nanas dari Benin, bukan sahaja menjadikan golongan pengguna China mempunyai pelbagai pilihan makanan, malah juga melimpahkan rezeki pengusaha Afrika.

"Untuk langkah seterusnya, China akan bekerjasama dengan negara-negara Afrika dan AU untuk menambah baik mekanisme pelaksanaan rancangan mentor-mentee untuk mewujudkan modenisasi dalam bidang pertanian di benua Afrika,”kata Xu.

Selain itu, China telah menandatangani 19 memorandum persefahaman mengenai kerjasama Selatan-Selatan untuk menangani isu perubahan iklim dengan 17 negara Afrika.

Pada masa depan, China juga akan memperincikan pelaksanaan projek kerjasama dengan negara-negara Afrika dan AU dalam bidang baharu yang melibatkan pembinaan infrastruktur digital, ekonomi digital, kecerdasan buatan dan kesihatan, selain bersama-sama melaksanakan tindakan pembangunan hijau, pelan tindakan inovasi sains dan teknologi dalam kerangka BRI.

Video

Berita Berkaitan