99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Equatorial Guinea Jalinkan Perkongsian Strategik Komprehensif

(CRI)Rabu 29 Mei 2024

China dan Equatorial Guinea menaikkan hubungan bilateral ke tahap perkongsian strategik komprehensif.

Keputusan ini diumumkan Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo dalam pertemuan mereka di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang Selasa.

Xi menyatakan bahawa China menyokong Equatorial Guinea mendorong pembangunan ekonomi yang pelbagai dan pengindustrian, bersedia meningkatkan penyelarasan antara pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelaksanaan Agenda Pembanguan Ekonomi dan Sosial Equatorial Guinea 2035 berdasarkan hasil yang dicapai dalam Forum Kerjasama China-Afrika, mendorong pelbagai sektor meningkatkan kualiti dan keberkesanan dalam kerjasama bilateral, menggalakkan syarikat domestik yang berprestij melabur dan mengembangkan urus niaga di Equatorial Guinea, dan sudi berkongsi pengalaman dengan negara itu dalam sektor pertanian dan pembangunan desa malah meneruskan program bantuan teknologi pertanian.

Xi menekankan bahawa China bersedia bersama dengan pihak Afrika menjayakan penganjuran Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika edisi baharu, menyemarakkan persahabatan tradisional, dan memperkasakan perpaduan dan koordinasi untuk membuka lembaran baharu dalam membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika.

Obiang pula menyatakan bahawa Equatorial Guinea mengalu-alukan pelaburan syarikat China di negaranya, konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China dengan mengiktiraf hanya ada satu China sahaja di dunia ini sedangkan Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan, menentang sebarang cubaan “kemerdekaan Taiwan” dengan apa jua cara, dan menyokong semua usaha kerajaan China untuk mewujudkan penyatuan tanah air.

Selepas rundingan itu berakhir, kedua-dua pemimpin telah menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan pelaburan, pembangunan ekonomi, ekonomi digital, pembangunan hijau dan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Sejagat (GDI).

Video

Berita Berkaitan