- Lain-lain
Presiden China, Vietnam Adakan Perbincangan (2)
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, To Lam di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
Xi menyatakan bahawa To Lam memilih China sebagai negara pertama dalam jadual lawatannya selepas dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Partik Komunis Vietnam (PKV), mencerminkan beliau mengutamakan hubungan PKV dengan PKC dan hubungan kedua-dua negara. Sebagai dua parti Komunis pemerintah di dunia, PKC dan PKV diharap mengekalkan visi dan misi, mewarisi persahabatan tradisional, mempertahankan pimpinan parti Komunis dan sistem sosialis, terus memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang membawa makna strategik, dan sinergi menggerakkan perkembangan sistem sosialis dalam senario global.
Xi yakin kedua-dua pihak boleh merintis jalan yang semakin luas dalam memacu pembangunan.
Xi menyatakan bahawa China bersedia mengekalkan komunikasi strategik yang erat dan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan Vietnam, mengukuhkan sokongan antara satu sama lain, aktif membincangkan dan memperluas penyelarasan dan kerjasama dalam kerangka pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan dengan “dua koridor dan satu lingkaran”, sinergi membina rantaian industri dan rantaian bekalan yang selamat dan stabil.
Xi berharap kedua-dua pihak memegang lima perinsip "hidup bersama secara damai", memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabansa dan kepentingan bersama negara membangun dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
To Lam pula menyatakan bahawa China kekal berada di tangga pertama dalam diplomasi negara vietnam, iaitu yang paling diutamakan. Vietnam konsisten dalam mengamalkan dasar satu China, dan beranggapan bahawa Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Vietnam menentang sebarang cubaan yang mencampuri urusan dalaman China melibatkan isu Hong Kong, Xinjiang dan Xizang.
Menurut To Lam, Vietnam bersedia mengekalkan pertukaran lawatan rasmi dengan China, berkongsi pengalaman tentang tata kelola kepartian dan tadbir urus negara, memupuk kepercayaan dalam bidang politik, mempertingkat penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, dan merancakkkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang keselamatan pertahanan negara, ekonomi, perdagangan dan pelaburan serta kesalinghubungan infrastrukur rentas sempadan.
Tambah beliau, Vietnam bersedia bersama dengan China berhemah mengawal perselisihan di perairan terbabit demi kedamaian dan kestabilan serantau.
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- China Sentiasa Jadi Keutamaan Dasar Luar Vietnam
- To Lam Mulakan Lawatan Rasmi di China
- Presiden Vietnam Lawat China Mulai Ahad
- Xi Ucap Tahniah kepada To Lam
- Wakil Khas Xi Hadir Upacara Perkabungan Nguyen Phu Trong
- Xi Hantar Wakil Khas ke Upacara Perkabungan Nguyen Phu Trong
- Xi Ucap Takziah Atas Pemergian Setiausaha Agung Vietnam
- Jawatankuasa Pusat PKC Ucapkan Takziah Atas Kematian Nguyen Phu Trong
- Xi Bertemu PM Vietnam
- Presiden Xi Ditemui PM Vietnam Pham Minh Chinh