99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kedaulatan China ke Atas Pulau Huangyan Tidak Boleh Dipertikai

Kementerian Luar China menegaskan bahawa kedaulatannya ke atas Pulau Huangyan adalah tidak boleh dipertikai, dan ia termasuk di kawasan perairan, ruang udara serta di sekitarnya.

Jurucakapnya, Lin Jian berkata demikian dalam satu sidang media pada Selasa sebagai respons kepada soalan berhubung kenyataan Filipina mengenai pulau Huangyuan.

Terdahulu, Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina, Romeo Brawner mendakwa bahawa dua jet pejuang tentera udara China "melakukan tindakan berbahaya" apabila terbang melintasi pulau Huangyan pada 8 Ogos, dan disusuli dengan kenyataan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada 11 Ogos yang menyifatkan

tindakan China tersebut sebagai "haram dan semberono".

Jelas Lin, pesawat tentera Filipina telah menceroboh masuk ke ruang udara pulau Huangyan sebanyak dua kali iaitu pada 7 dan 9 Ogos.

“Ia telah mencabuli kedaulatan China dan melanggar undang-undang antarabangsa serta norma asas hubungan antarabangsa,” ujar jurucakap itu.

Tegas Lin, tentera China telah mengambil langkah sewajarnya secara profesional dengan mengikut standard undang-undang China dan antarabangsa.

“Tindakan Filipina yang menghantar jet pejuang menceroboh masuk ke ruang udara pulau Huangyan China semasa rondaan bersama dengan angkatan tentera udara Amerika Syarikat, Australia dan Kanada di Laut China Selatan adalah satu provokasi jahat dan mempunyai motif tersembunyi,” tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan