99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Filipina Sia-sia Sahaja Failkan Dakwaan tentang LCS

(CRI)Selasa 18 Jun 2024

Filipina dikutuk mencabuli hak kedaulatan dan penguatkuasaan China, melanggar Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) dan juga membelakangi peraturan berkenaan yang terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC).

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada Isnin susulan Filipina secara sepihak dakwaan tentang garisan sempadan pentas benua luaran di Laut China Selatan (LCS) kepada Suruhanjaya bagi Batas Pentas Benua (CLCS).

Menurut Li Jian, gerak-geri Filipina sudah pasti dalam perhatian China yang sedang bertindak mengambil maklumat konkrit. Memandangkan kedua-dua negara mempunyai perselisihan dalam isu wilayah dan garis sempadan di LCS, CLCS tidak akan membahas dan mengiktiraf isu perairan yang dipertikaikan dengan merujuk kepada peraturan tentang sesi perbahasan.

Video

Berita Berkaitan