99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

EAS Disaran Perkukuh Solidariti, Kolaborasi

(CRI)Ahad 28 Julai 2024
EAS Disaran Perkukuh Solidariti, Kolaborasi

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) perlu memperkasa solidariti dan kolaborasi untuk menggalakkan kedamaian dan kemakmuran rantau dalam jangka panjang serta mempertahankan keadilan antarabangsa.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika berucap pada Mesyuarat Menteri Luar EAS ke-14 yang berlangsung di Vientiane, Laos pada Sabtu.

Beliau mengajukan saranan China untuk mempergiat sinergi dalam empat perkara antaranya memelihara kerangka serantau yang terbuka dan inklusif, mematuhi peraturan serantau yang diiktiraf semua, mengukuhkan momentum baharu ke arah kesalinghubungan, selain merangsang keberkesanan EAS.

Pada hari yang sama, Wang turut menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), Mesyuarat Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF), di samping bertemu dengan menteri luar negara-negara terbabit.

Ketika berucap pada Mesyuarat Menteri Luar 10+3, Wang berkata China sudi bersinergi dengan semua pihak ke arah mendorong integrasi ekonomi serantau dan mewujudkan Komuniti Asia Timur.

China juga komited melakukan usaha sama untuk terus menyokong kepusatan ASEAN dalam kerangka serantau, mengoptimumkan peranan mekanisme 10+3, sekali gus memperdalam kerjasama dalam bidang tradisional dan meneroka kerjasama dalam bidang baru muncul.

Video

Berita Berkaitan