99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

PM China Tegaskan Kerjasama bagi Wujudkan Pembangunan

(CRI)Jumaat 08 September 2023

Perdana Menteri China Li Qiang menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18 di Jakarta pada Rabu.

Li Qiang berkata, di tengah-tengah situasi baharu yang penuh dengan cabaran, Sidang Kemuncak Asia Timur perlu mengekalkan kedudukan sendiri dan memainkan peranan lebih besar dalam merealisasikan kestabilan dalam jangka masa panjang dan kemakmuran mampan di rantau ini.

"Pelbagai pihak terbabit dicadangkan memainkan peranan bagi menggalakkan pembangunan dan merangsang daya hidup pertumbuhan serantau."

"Mengalihkan lebih banyak kebijaksanaan dan tenaga ke bidang kerjasama untuk menggalakkan pembangunan, mempertahankan globalisasi ekonomi, dan terus mempromosikan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik."

"Pelbagai pihak juga dikehendaki memanfaatkan dialog strategik. China bersedia untuk mengadakan dialog dan kerjasama yang lebih mendalam dengan semua pihak mengenai pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global anjuran Presiden Xi Jinping."

"Selain itu, pelbagai pihak perlu mengukuhkan kepusatan ASEAN di rantau Indo-Pasifik dan bersama-sama memperkasa kerjasama inklusif dan saling menguntungkan," kata Li.

Li Qiang juga menegaskan bahawa China dan negara-negara ASEAN sedang giat mempromosikan perundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan. Negara-negara di luar rantau ini diharapkan memainkan peranan yang positif dan konstruktif.

Dalam perkembangan lain, Sidang Kemuncak kali ini meluluskan kenyataan pemimpin mengenai usaha memelihara dan mendorong rantau ini menjadi pusat pertumbuhan.

Video

Berita Berkaitan