- Lain-lain
Kembara ke Timur: Berbasikal Selama 156 Hari dari Amsterdam ke Shanghai
Ole Bouman, seorang profesor di Kolej Seni Bina dan Perancangan Bandar Universiti Tongji berjaya menamatkan perjalanan berbasikalnya iaitu ‘Kembara ke Timur’ dari Amsterdam ke Shangai setelah tiba di destinasinya, Universiti Tongji.
Ole Bouman tiba di Universiti Tongji di Shanghai. (Foto ihsan Universiti Tongji)
Sepanjang pengembaraan yang penuh menakjubkan itu, beliau telah mendokumetasikan budaya tempatan, seni bina legenda dan pemandangan semula jadi selama 156 hari yang merangkumi 300 sungai, 100 gunung, dan 3 padang pasir, dengan 30 muat naik di media sosial.
Ole Bouman dalam perjalanan berbasikal. (Foto ihsan Universiti Tongji)
Profesor Bouman telah menjadikan pengalamannya itu sebagai syarahan dalam kuliahnya. Beliau berkongsi dan mentafsir pandangan mendalam dan refleksi falsafah yang didapatinya semasa pengembaraan, serta membimbing para pelajar untuk mendalami seni bina sebagai medium penting bagi manusia mendakap kewujudan bersama yang lebih mampan dan harmoni.
Menurutnya, eksplorasi tersebut ini merangkumi sistem pengetahuan dan orientasi nilai yang dibawanya.
Hantaran media sosial Ole Bouman yang memaparkan pengembaraannya. (Foto ihsan Universiti Tongji)
Pameran ‘Kembara ke Timur’ dikurasi oleh Profesor Bouman bersama-sama dengan para pelajarnya, dan dijadualkan berlangsung di Muzium Kesenian Being di Pudong, Shanghai sehingga 13 September depan.
Pameran ‘Kembara ke Timur’ di Muzium Kesenian Being di Pudong, Shanghai. (Foto ihsan Universiti Tongji)