99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Berbasikal dari Beijing ke Tianjin, Empat Pemuda Malaysia Tular di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 April 2024
Berbasikal dari Beijing ke Tianjin, Empat Pemuda Malaysia Tular di China
Empat pemuda Malaysia bergambar di bawah Tianjin Eye. (Foto/Akaun WeChat Rasmi Beijing Institute of Technology)

Tianjin yang terletak hampir 130 kilometer dari Beijing, akan mengambil masa selama dua jam untuk sampai dengan memandu kereta, atau 33 minit sekiranya menaiki kereta api laju (HSR).

Semestinya, warga Beijing yang memilih untuk ke Tianjin dengan menggunakan basikal awam adalah sangat sedikit.

Baru-baru ini, satu klip video yang menunjukkan empat basikal awam yang dicat “Beijing Institute of Technology” di bawah Roda Ferris Tianjin Eye tular di media sosial China.

Klip itu direkod dan dimuat naik ke media sosial oleh pekerja penyelenggara basikal awam tempatan dan segera menjadi tular.

Ketika ‘pemiliknya’ masih belum terungkai, mereka telah diberi gelaran “empat saudara yang berkaki besi (鐵腿鋼腚四兄弟)” oleh warganet China.

Beijing Institute of Technology kemudiannya mengesahkan bahawa “empat saudara yang berkaki besi” itu, iaitu Chen Yuhang, Peng Yongzhi, Li Sijing dan Qiu Yuxiang, adalah pelajar Malaysia yang sedang menuntut di universiti itu.

Difahamkan, mereka memulakan perjalanan dari universiti, menempuh jarak 126.3 kilometer ke Roda Ferris Tianjin Eye, salah satu mercu tanda bandar itu, dengan mengambil masa 10 jam.

Mengenai gelaran “empat saudara yang berkaki besi”, keempat-empat mereka mengakui berasa kagum terhadap kelucuan warganet China, lapor China Youth Daily.

“Di Malaysia, tak ramai yang berbasikal,” kata Li, yang paling ‘veteran’ antara keempat-empat mereka.

Dulu, pemuda tersebut berbasikal hanya untuk menurunkan berat badan, namun sekarang sudah berminat dengan sukan itu serta menyifatkan bahawa berbasikal di jalanan adalah cara baik untuk mengenali ‘nafas’ bandar itu.

Sepanjang perjalanan, mereka menyaksikan hiruk-pikuk bandar raya dan juga senyap sunyi kampung pencil; serta berkayuh laju tatkala dikejar anjing liar dan berkayuh perlahan-lahan tatkala meredah hutan.

Qiu berkata, ramai yang turut memberikan semangat dan dorongan kepada mereka ketika dalam perjalanan.

“Kerana mereka nampak yang kami gunakan itu basikal awam. Ada juga penduduk Tianjin yang secara spontan memperkenalkan makanan dan tarikan tempatan kepada kami,” kata pemuda itu.

Memetik laporan China Youth Daily, kesemua pemuda tersebut ingin menjadikan detik-detik tersebut sebagai satu kenangan sebelum menamatkan pelajaran, dengan tiga daripada empat mereka merupakan pelajar tahun akhir.

Video

Berita Berkaitan