99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Perkhidmatan Inap Desa Berkembang di Kampung Dazhai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 19 Julai 2024
Perkhidmatan Inap Desa Berkembang di Kampung Dazhai
Pan Fenglan (tengah) berbual-bual dengan pelancong dari Jerman di inap desa miliknya di Kampung Dazhai, Kaunti Longsheng, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, pada 26 Jun 2024.

Di sebalik Teres Padi Longji yang indah, terletaknya Kampung Dazhai yang diapit dengan kehijauan nan subur, pergunungan nan menjulang tinggi dan inap desa yang pelbagai.

Kampung dengan pemandangan pertanian yang menakjubkan itu juga dinobatkan sebagai salah satu Kampung Pelancongan Terbaik 2022 oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNTWO) serta turut berjaya membawa masuk lebih daripada RMB500 ribu (kira-kira AS$68,854) kepada lebih 60 peratus isi rumah tempatan menerusi perkhidmatan inap desa setiap tahun.

Untuk rekod, perkhidmatan inap desa yang bertumbuh pesat di kampung itu berkembang daripada perkhidmatan katering dan rekreasi kendalian warga tempatan yang bermula sejak lebuh raya pertama dibina di kampung itu pada dua dekad lalu.

Perkhidmatan inap desa bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, malah memudahkan pembangunan perniagaan berkaitan pelancongan di kawasan sekitar.

Video

Berita Berkaitan