99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Mahu Tingkatkan Kerjasama BRI, Berkualiti Lebih Tinggi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 19 Julai 2024

China berpendirian untuk mempertingkat kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ke arah yang berkualiti lebih tinggi untuk pemodenan semua negara, serta membina dunia yang lebih tersambung, terangkum dan terbuka bagi pembangunan bersama.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian ketika mengulas mengenai laporan terkini pencapaian kerjasama BRI semasa sidang media harian, pada Khamis.

Menurut beliau, China telah bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam tempoh lebih sedekad ini untuk memajukan kerjasama BRI.

Kata Lin, ia secara tidak langsung membolehkan BRI dapat dimanfaatkan rakyat dan negara di seluruh dunia, serta menjadikan BRI sebagai platform kebaikan dan kerjasama awam yang dialu-alukan di peringkat antarabangsa dengan menampilkan elemen keterbukaan, keterangkuman, manfaat bersama dan kerjasama menang-menang.

“Lebih 10 tahun kebelakangan ini, kerjasama BRI memperlihatkan pelbagai kejayaan yang bukan sahaja menjana kelancaran aliran individu dan barangan, malah turut memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang ketara dan lebih kuat kepada penduduk setempat,” ujar jurucakap itu.

Lin berkata, China telah memeterai dokumen kerjasama BRI dengan lebih 150 negara dan 30 organisasi antarabangsa.

Pada tahun lalu, perdagangan China dengan negara-negara anggota BRI telah mencecah RMB19.5 trilion (sekitar AS$2.74 trilion), meningkat 2.8 peratus dan menjadikan volum eksport dan import keseluruhan sebanyak 46.6 peratus, sekali gus mencipta rekod baru untuk saiz dan bahagian sejak BRI diperkenalkan.

“Kami kekal komited agar terus terbuka dan bekerjasama untuk masa depan yang dikongsi bersama,” kata Lin sambil menambah bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dan menyokong satu sama lain dalam mempertingkatkan kesalinghubungan infrastruktur, menaik taraf peraturan dan piawaian, dan memperdalam hubungan mesra antara rakyat melalui lebih banyak pertukaran dan pembelajaran bersama.

Video

Berita Berkaitan