99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Harap Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi dalam Kerangka BRI

(CRI)Khamis 28 Disember 2023

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah menjadi produk awam antarabangsa yang paling popular dan wahana kerjasama antarabangsa yang paling besar dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. China berharap bersama-sama pelbagai pihak untuk mendorong pembangunan berkualiti tinggi dalam kerangka BRI yang menekankan pembinaan bersama dan menyuntik motivasi besar yang baharu kepada usaha membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Mao, import dan eksport antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan BRI telah meningkat 2.6% dengan mencatat RMB17.65 trilion (RM11.44 trilion) dalam tempoh dari Januari hingga November tahun ini.

Dalam konteks kerjasama kesalinghubungan pula, sebanyak 16,145 perjalanan kereta api kargo China-Eropah muatan 1.749 juta kontena standard (TEU) diselesaikan dalam tempoh11 bulan pertama tahun ini. Kedua-dua angka perjalanan dan muatan itu masing-masing meningkat 7% dan 19% berbanding masa yang sama tahun yang lalu.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung telah menghantar penumpang seramai sejuta pada tempoh dua bulan pertama sejak beroperasinya.

Selain itu, projek terowong Karnaphuli Bangladesh, pelabuhan Lekki Nigeria dan lain-lain berperanan besar dalam meningkatkan kesalinghubungan antara negara dan rantau yang berkenaan.

Pada masa yang sama, kerjasama dalam bidang hijau dan digital terus menyerlah. China bersama-sama sebahagian negara mengeluarkan "Inisiatif Beijing Pembangunan Hijau BRI" dan "Inisiatif Beijing Kerjasama Antarabangsa Ekonomi Digital BRI", memperincikan kerjasama perindustrian sumber tenaga hijau termasuk hidroelektrik, tenaga angin dan fotovoltaik serta menambah saluran perkembangan ekonomi digital seperti "e-niaga Laluan Sutera" yang dilihat boleh menjana momentum terhadap perkembangan industri tradisional.

Video

Berita Berkaitan