99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Menteri Luar China, Belarus Adakan Perbincangan

(CRI)Selasa 09 Julai 2024

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Belarus, Maksim Ryzhenkov mengadakan perbincangan di Beijing pada Isnin.

Wang merakamkan tahniah kepada Belarus yang baru menjadi anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan menyatakan China bersedia mengambil kesempatan semasa tempoh menyandang jawatan sebagai negara pengerusi bergilir SCO, bersinergi dengan pelbagai pihak menyemarakkan “semangat Shanghai”, meningkatkan penyelarasan dan koordinasi untuk mengukuhkan dan menguatkan SCO, membina “lima kampung halaman bersama”, menjadikan suara SCO lebih lantang dan memainkan peranan lebih penting dalam menggalakkan kedamaian dan pembangunan yang stabil, merancakkan landskap multipolar yang sama rata dan teratur serta mendorong globalisasi ekonomi yang inklusif untuk manfaat semua.

Ryzhenkov pula menyatakan bahawa pihaknya menyanjung tinggi siri inisiatif global yang diajukan Presiden China, Xi Jinping dan akan terus giat mengambil bahagian dalam pelaksanaannya di samping mengekalkan amalan multilateralisme untuk bersama-sama mengatasi cabaran di persada dunia.

China dan Belarus bersepakat menganggap bahawa kedua-dua pihak sebagai rakan sejati yang boleh dipercayai, akan teguh menyokong antara satu sama lain dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras dan keperihatinan besar, menentang campur tangan dari luar dan menolak pembulian sepihak.

Selain itu, kedua-dua pihak juga komited akan menyumbang kepada peningkatan perpaduan dan koordinasi antara negara “Selatan Sejagat”, bersama-sama memelihara hak dan kepentingan negara membangun, bersinergi membela norma asas hubungan antarabangsa yang berteraskan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Krisis Ukraine juga dijadikan satu topik dalam perbincangan tersebut.

Video

Berita Berkaitan