99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rundingan Presiden China-Belarus

(CRI)Khamis 02 Mac 2023
Rundingan Presiden China-Belarus

Di sebalik situasi antarabangsa yang tidak stabil dan tidak menentu, China bersedia bersinergi dengan Belarus mendorong hubungan bilateral berkembang ke arah yang berkualiti, sihat dan stabil.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko di Dewan Besar Rakyat di Beijing tadi.

Xi menekankan bahawa China menghargai sokongan Belarus terhadap pendirian China mengenai isu-isu yang melibatkan Taiwan, Xinjiang, Hong Kong dan hak asasi. Kedua-dua pihak perlu menyokong tegas jalan pembangunan yang dipilih masing-masing, menyokong usaha memelihara kepentingan teras negara masing-masing, menentang kuasa luar mencampuri urusan dalaman dan memelihara kedaulatan dan keselamatan politik. Jawatankuasa kerjasama antara kerajaan kedua-dua pihak diharap memainkan peranan dengan sepenuhnya untuk memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan, membina taman industri China-Belarus dengan baik, mendorong kerjasama kesalinghubungan termasuk perkhidmatan kereta api China-Eropah dalam kerangka"Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) yang berorientasikan pembinaan bersama.

Xi menambah, China dan Belarus sama-sama adalah pemeliharakeadilan dan kesaksamaan di pentas antarabangsa. China bersedia meningkatkan penyelarasan dan koordinasi dengan Belarus melalui palform multilateral termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menyahut cabaran bersifat sejagat dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan bersama-sama.

Lukashenko dalam rundingan itu pula menyatakan bahawa Belarus menyokong dan giat mengambil bahagian dalam pelaksanaan BRI, Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran Presiden Xi Jinping. Belarus bersedia merancakkan kerjasama dengan China dalam bidang sains dan teknologi, pengindustrian, pertanian dan pelancongan, mengalu-alukan syarikat China menanampelaburan di negaranya di samping mengeratkan pertukaran lawatan sosiobudaya.

Selepas rundingan itu berakhir, kedua-dua pemimpin bersama-sama menandatangani Kenyataan Bersama Republik Rakyat China-Belarus tentang Terus Mengembangkan Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan