99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Sidang Kemuncak di Astana Agenda Terpenting SCO 2024

(CRI)Selasa 02 Julai 2024

China yakin sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Astana nanti kondusif bagi mencapai lebih banyak konsensus, membuka lembaran baharu bagi kerjasama dan menyumbang kepada keselamatan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran semua negara terlibat serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang akhbar di sini pada Isnin sebagai perkenalan mengenai Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri sidang kemuncak SCO yang akan diadakan di Astana, Kazakhstan.

Mao Ning berkata, dalam tempoh 23 tahun sejak SCO ditubuhkan, pelbagai negara anggotanya menjunjung “Semangat Shanghai” yang menegakkan sikap saling percaya, saling menguntungkan, kesaksamaan serta perundingan, dan menghormati kepelbagaian tamadun bagi mewujudkan pembangunan bersama.

“Dengan usaha berintegriti menjalankan kolaborasi pelbagai hala, pelbagai pihak yang terbabit berjaya membangunkan SCO sebagai pelindung keselamatan, jambatan kerjasama, ikatan persahabatan dan kuasa konstruktif di rantau ini, dan turut menjadi contoh yang baik bagi hubungan antarabangsa dan kerjasama serantau model baharu.

“Semasa berlangsungnya sidang kemuncak Astana nanti, Presiden Xi akan bersama dengan pemimpin negara-negara berkenaan untuk bertukar-tukar pendapat mengenai kaedah memperkasa kerjasama secara menyeluruh dalam situasi baharu serta isu-isu semasa dalam senario global dan serantau, selain menggubal rancangan bagi pembangunan SCO pada masa depan,” kata Mao.

Jurucakap itu menambah, China akan mengambil alih jawatan negara presiden bergilir SCO untuk 2024-2025 selepas berakhirnya sidang kemuncak di Astana nanti. Persiapan yang terkait dengan ini sudah dijadikan satu keutamaan dalam gerak kerja China buat masa sekarang.

“Kami (China) bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk memperkasa kerjasama dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta sosiobudaya dengan berpandukan ‘Semangat Shanghai’, menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dalam kerangka SCO dan mendorong komuniti berkongsi nasib SCO berkembang ke arah yang lebih padu demi kesejahteraan rakyat serantau serta keamanan yang berkekalan dan kemakmuran bersama di arena antarabangsa,” kata jurucakap itu.

Video

Berita Berkaitan