99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Iran, Negara Anggota SCO yang Baharu

(CRI)Rabu 05 Julai 2023

Iran diterima menjadi negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada Sidang Ke-23 Majlis Pemimpin Anggota SCO yang diadakan semalam. Dengan itu, jumlah anggota pertubuhan terbabit bertambah ke sembilan buah.

Pada sidang kemuncak dalam talian pada Selasa, pemimpin negara anggota SCO mengalu-alukan kemasukan Iran, manakala mengharapkan Belarus menyelesaikan prosedur keanggotaannya dengan secepat mungkin. Para hadirin bersepakat, SCO yang mengembangkan sayapnya dan berpengaruh semakin besar di pentas dunia, boleh membuat sumbangan signifikan kepada usaha menyemarakkan semangat kejiranan dan menyuburkan persahabatan, memelihara kepentingan bersama negara anggota, menggalakkan kedamaian dan kestabilan serantau dan sejagat untuk jangka masa panjang, dan mendorong pembangunan bersama, di samping menjadi teladan dalam penjalinan hubungan antarabangsa model baharu yang saling menghormati, sama rata, adil, kerjasama dan menang-menang.

Untuk rekod, SCO yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh enam negara pengasas, iaitu China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan, pernah memberikan kedudukan anggota kepada India dan Pakistan pada tahun 2017.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan