99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pasaran Borong Yiwu Makmur Didorong Sukan Olimpik Paris

(CRI)Khamis 27 Jun 2024
Pasaran Borong Yiwu Makmur Didorong Sukan Olimpik Paris

Pasaran Perdagangan Antarabangsa Yiwu di provinsi Zhejiang, timur China sibuk menguruskan tempahan pelanggan dalam kuantiti yang sangat besar susulan Sukan Olimpik Paris 2024 semakin menjelang tiba.

Ramai pembeli asing mengunjungi pasaran borong terbesar dunia itu untuk menempah dan membeli pakaian sukan, alat pelindung sukan, alatan sorak dan sebagainya.

Menurut statistik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris, sebanyak 80 peratus maskot temasya sukan kali ini adalah buatan China dan kebanyakannya dihasilkan di Yiwu.

Selain itu, produk seperti bendera dan loket juga diimport dari Yiwu menuju ke Paris.

Barang buatan Yiwu mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli asing kerana produk berkenaan memaparkan elemen inovatif dari segi reka bentuk, bahan mentah dan proses pembuatan.

Pihak Kastam di Yiwu berkata dari Januari hingga Mei tahun ini, eksport barangan sukan dan peralatan berkenaan mencatat peningkatan sebanyak 44.4 peratus kepada 4.1 bilion yuan (RM2.66 bilion).

Pada masa ini, seramai lebih 15,000 orang peniaga asing dari 100 negara dan wilayah ditempatkan bertugas di Yiwu untuk mengendalikan urusan dagangan.

Video

Berita Berkaitan