99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Balas Surat Pekerja Keluli Serbia

(CRI)Rabu 01 Mei 2024

Presiden China Xi Jinping memberikan galakan kepada pekerja Serbia dari Kilang Keluli Smederevo HBIS supaya mereka terus menyumbang kepada persahabatan China-Serbia.

Xi menerusi surat balas menyifatkan pembangunan mampan kilang keluli itu sebagai praktik hidup Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan contoh baik kolaborasi saling untung kedua-dua negara.

Beliau berkata pekerja kilang berkenaan merupakan peserta, saksi dan penyumbang kerjasama muhibah China-Serbia, dan juga penerima manfaat.

Dilaporkan, seramai 30 orang pekerja Serbia dari Kilang Keluli Smederevo HBIS menulis surat kepada Presiden Xi untuk memaklumkannya tentang perkembangan terkini kilang berkenaan.

Xi membalas dengan kata-kata harapan agar mereka terus mendedikasikan usaha untuk memantapkan pembangunan sosiaekonomi Serbia dan mengukuhkan ikatan persahabatan China-Serbia.

Video

Berita Berkaitan