- Lain-lain
Kesatuan Sekerja Diharap Galakkan Anggotanya Lebih berdedikasi dalam Pembinaan Tanah Air
Presiden China, Xi Jinping menekankan peri pentingnya untuk memartabatkan kepimpinan Parti Komunis China (PKC) secara keseluruhan terhadap kesatuan sekerja.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa PKC membuat kenyataan itu semasa perbincangan dengan pucuk pimpinan baharu Persekutuan Kesatuan Sekerja China di Beijing pada petang Isnin.
Xi berkata, perkembangan pergerakan pekerja China tidak terlepas dari pimpinan PKC, dan kesatuan sekerja yang dianggotai kelas pekerja khususnya golongan buruh adalah pertubuhan yang diketuai oleh PKC di kalangan rakyat.
“Kepimpinan PKC secara menyeluruh terhadap kesatuan sekerja tidak boleh bergoyah atau melencong dari arah yang betul pada bila-bila masa atau dalam apa jua keadaan.
“(Kesatuan sekerja) perlu berpegang kepada prinsip asas yang bergantung kepada kelas pekerja dengan sepenuh hati, membantu golongan pekerja mencetuskan keghairahan yang aktif, inisiatif dan kreatif dalam pembinaan tanah air ke arah yang makmur dan kuat, serta lebih berdedikasi dalam memperjuangkan kebangkitan nusa dan bangsa,” kata beliau.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou