99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, AS Patut Jadi Rakan, Bukan Pelawan

(CRI)Jumaat 26 April 2024

Tahun ini merupakan peringatan ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik China-AS. Tempoh masa selama 45 tahun lalu telah menyaksikan perkembangan hubungan kedua-dua negara yang bertaburan onak duri dan tercetusnya banyak inspirasi, iaitu China dan AS patut menjadi rakan tetapi bukan pelawan, patut menumpu kepada pembangunan masing-masing tetapi bukan saling menyakiti, patut menebus persamaan dan meraikan pendapat yang berbeza tetapi bukan melakukan persaingan yang ganas.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang tadi.

"Terdapat tiga prinsip penting yang saya anjurkan, iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama menang-menang. Ini bukan sahaja menjadi rumusan terhadap pengalaman pada masa dahulu, tetapi juga panduan bagi masa akan datang," kata Xi.

"China berbesar hati melihat AS yang yakin pada diri sendiri, terbuka, makmur dan membangun. Diharap AS pula mempunyai pandangan yang positif terhadap pembangunan China," tambah beliau.

Sebelum ini, Xi dan rakan sejawatnya dari AS, Joe Biden pernah mengadakan pertemuan di San Francisco pada tahun lalu dan mencapai "Wawasan San Francisco". Kemudian, kumpulan kerja dari kedua-dua pihak telah melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara pada beberapa bulan lalu, mengekalkan komunikasi dan mencapai sedikit sebanyak kemajuan yang memberangsangkan. Namun, masih terdapat banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan dan memerlukan usaha dari kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan